• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawah 16 Tahun Dilarang Buka Akaun Media Sosial Mulai Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
23/11/2025
dalam Terkini
0
Bawah 16 Tahun Dilarang Buka Akaun Media Sosial Mulai Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha kerajaan untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak di ruang digital bakal menyaksikan larangan pembukaan akaun media sosial kepada individu bawah 16 tahun dikuatkuasakan seawal tahun depan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah tersebut adalah keputusan Kabinet bagi mengekang aktiviti jenayah siber rentas umur serta melindungi kanak-kanak daripada risiko pemangsa seksual.

Menurutnya, kerajaan menjangkakan semua platform media sosial dapat mematuhi ketetapan baharu itu dalam tempoh yang ditetapkan, selaras dengan usaha memperkukuh keselamatan digital negara.

“Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” katanya seperti dipetik BH Online.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai di sini, pada Ahad.

Fahmi turut menjelaskan bahawa kerajaan sedang meneliti mekanisme pelaksanaan had umur tersebut melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, termasuk meneliti pendekatan negara seperti Australia dalam aspek penguatkuasaan.

Antara kaedah yang sedang dipertimbangkan ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan pengesahan eKYC menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID.

Beliau yakin bahawa kerjasama antara kerajaan, badan kawal selia dan ibu bapa mampu memastikan ekosistem internet di Malaysia bukan sahaja pantas, meluas dan mampu milik, tetapi lebih selamat khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga.

-Sinar Harian

Tags: media sosial
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Had Umur Media Sosial 16 Tahun Dibincangkan Minggu Depan

Had Umur Media Sosial 16 Tahun Dibincangkan Minggu Depan

17/10/2025
0

Putrajaya: Cadangan menaikkan had umur kepada 16 tahun bagi penggunaan media sosial di negara ini akan dibincangkan minggu depan, kata...

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

05/09/2024
0

PENAMPANG - Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd