• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Serbu Makmal Heroin, Dua Ditahan Termasuk ‘Ahli Kimia’

oleh Mohd Arshad
23/11/2025
dalam Jenayah
0
Polis Serbu Makmal Heroin, Dua Ditahan Termasuk ‘Ahli Kimia’
Share on FacebookShare on Twitter

Bukit Mertajam: Polis menyerbu makmal pemprosesan heroin dengan menahan dua lelaki yang salah seorang daripadanya berperanan sebagai ahli kimia dalam tangkapan berasingan di Seberang Perai Tengah di sini serta Kulim, Kedah, kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menjalankan operasi itu bermula 4 petang kelmarin hingga 5 pagi semalam serta menahan dua lelaki berusia 40 tahun.

“Serbuan pertama polis berjaya menangkap lelaki tempatan berperanan sebagai ahli kimia yang memproses dadah di sebuah kediaman di Bukit Mertajam.

“Polis turut merampas pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah termasuk 5.4 kilogram heroin serta 20 kilogram serbuk kafein,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azizee berkata, soal siasat lanjut terhadap tangkapan pertama membawa kepada serbuan susulan dan menahan seorang lagi lelaki yang berperanan sebagai ‘runner’ di Kulim, Kedah.

“Polis menahan suspek kedua dan merampas methamphetamine seberat 250g.

“Kesemua nilai dadah yang dirampas dalam kedua-dua serbuan ini dianggarkan bernilai RM120,600,”katanya.

Katanya, hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket itu bergiat aktif sejak Ogos lalu.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah, termasuk semakan juga mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah,” katanya.

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 28 November ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

Tags: heroinMakmal Heroinpolis
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd