• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

oleh Mohd Arshad
23/11/2025
dalam Terkini
0
Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan video tular memaparkan seorang lelaki melakukan gerakan menyerupai silat di baru-baru ini.

Pejabat Kadi Daerah Kluang dalam kenyataannya memaklumkan aduan awam aksi tular itu diterima pada Sabtu.

“Berikutan itu, Petugas Tanah Perkuburan Pejabat Kadi Daerah Kluang telah segera ke tempat kejadian bagi melihat kawasan di tanah perkuburan tersebut sekiranya ada tanda-tanda yang menunjukkan berlaku ritual pemujaan yang melanggar peraturan dan Undang-undang Syariah serta norma kehidupan manusia.

“Laporan menunjukkan tiada sebarang tanda menunjukkan berlakunya pemujaan atau ritual di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan dimuat naik laman Facebook rasmi Pejabat Kadi Daerah Kluang pada Ahad.

Pejabat Kadi Daerah Kluang dalam masa sama menegaskan segala bentuk khurafat, tahyul, pemujaan yang salah atau apa-apa aktiviti merendahkan agama adalah dilarang.

“Kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 2003,”ujarnya.

Sebelum itu, tular video berdurasi 28 saat yang dirakam pengguna jalan raya memaparkan seorang lelaki memakai jaket serta bertopi keledar berdiri di kawasan perkuburan sambil melakukan beberapa gerakan tangan dan kaki seakan bersilat.

Pada Sabtu, Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid mengarahkan Pejabat Kadi Kluang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki melakukan pergerakan seakan-akan bersilat di tanah perkuburan Islam untuk memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab dilakukan di tanah perkuburan.

Insiden itu turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga fakta sebenar diperoleh.

-Sinar Harian

Tags: silattanah perkuburanvideo tular
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

Jika Dakwaan Terbukti Benar, Ahli MPP Berkenaan Akan Dipecat Serta-Merta – Hannah Yeoh

Jika Dakwaan Terbukti Benar, Ahli MPP Berkenaan Akan Dipecat Serta-Merta – Hannah Yeoh

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan yang didapati terlibat dalam aktiviti meminta wang perlindungan akan dipecat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd