• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

oleh Mohd Arshad
15/11/2025
dalam Politik
0
PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan di 25 lokasi di seluruh negeri hari ini berjalan lancar, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Katanya, proses hari ini mencatat sejarah apabila tiada laporan atau aduan diterima daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selain calon, pencadang atau penyokong, sesuatu yang jarang berlaku.

“Penugasan polis bermula seawal jam 5 pagi dengan kekuatan 4,571 pegawai dan anggota yang ditempatkan di 25 pusat penamaan calon seluruh Sabah, selain kawalan di lokasi strategik bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar.

“Proses yang bermula seawal pagi hingga tamat sekitar jam 1.30 tengah hari berjalan dengan sempurna. Setakat ini, tiada sebarang kejadian yang mengganggu ketenteraman direkodkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, petang ini.

Jauteh merakamkan penghargaan kepada semua calon dan penyokong parti yang menunjukkan disiplin tinggi serta mematuhi arahan keselamatan sehingga proses penamaan calon berjalan tanpa gangguan.

“Kita berharap tahap profesionalisme ini dikekalkan sehingga hari pengundian pada 29 November nanti,” katanya sambil mengingatkan semua pihak mendapatkan permit polis sebelum mengadakan sebarang kempen, terutamanya di kawasan tumpuan ramai.

Katanya, proses permohonan permit berjalan lancar dan setakat ini tiada permohonan yang ditolak.

Jauteh juga menyifatkan kerjasama pihak media menyampaikan maklumat penutupan jalan sebagai faktor penting membantu kelancaran hari penamaan calon.

Dalam pada itu, Jauteh mengesahkan berlaku satu insiden membabitkan seorang calon di luar pusat penamaan berdepan masalah kesihatan, namun ia berjaya ditangani dengan pantas oleh pegawai perubatan di situ.

-Berita Harian

Tags: aduanPRN Sabahproses penamaan calon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Hanya Menang 1 Kerusi PRN Sabah: PN Akan Laksanakan Kajian, ‘Post-mortem’ Menyeluruh

Hanya Menang 1 Kerusi PRN Sabah: PN Akan Laksanakan Kajian, ‘Post-mortem’ Menyeluruh

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan melaksanakan kajian serta 'post-mortem' menyeluruh susulan hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd