• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

oleh Mohd Arshad
12/11/2025
dalam Terkini
0
Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Pembantu rumah yang dipercayai mencederakan dua beranak termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan di sebuah rumah dua tingkat di KotaSAS di sini semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mad Daud, berkata reman dikeluarkan Majistret Wahidah Zainal Abidin.

Beliau berkata, perintah reman dibaca di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, jam 12 tengah hari tadi.

“Suspek masih dirawat di HTAA dan memerlukan pembedahan kerana terdapat kecederaan di tangan kiri akibat kesan luka yang dalam.

“Keadaan mangsa stabil dan keluar hospital semalam manakala anaknya tidak stabil kerana baharu sahaja melakukan pembedahan di sebuah hospital swasta dan masih belum sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, siasatan ke atas pembantu rumah berusia 44 tahun itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman tujuh hari sehingga 18 November ini,” katanya.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, dua beranak cedera, termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan dengan pembantu rumah warga asing yang menggunakan pisau pemotong daging .

Dua mangsa berkenaan ialah wanita berusia 57 tahun yang juga majikan bersama anak lelakinya berusia 28 tahun.

Akibat pergaduhan itu, wanita berkenaan mengalami luka di kepala dan ibu jari tangan kiri manakala anak lelakinya putus ibu jari tangan kiri, luka di kepala dan kaki.

Suspek mengalami kesan kelar di pergelangan tangan kiri kerana cubaan membunuh diri.

BHonline-

Tags: cederakanpembantu rumah
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera teruk apabila disimbah air panas, dipukul dan dipicit payudara hingga luka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd