• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GISBH: Anak Abuya Tidak Salahkan Sesiapa

oleh Mohd Arshad
07/11/2025
dalam Terkini
0
GISBH: Anak Abuya Tidak Salahkan Sesiapa
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Anak bekas pengasas Al-Arqam yang bebas dari Penjara Kajang selepas selesai menjalani hukuman kerana menjadi ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang menyalahi undang-undang tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari, 33, berkata, peristiwa yang menimpanya bersama 12 pemimpin tertinggi yang lain merupakan salah satu ujian ALLAH untuk mendidik hamba-hambanya.

“Kami tak salahkan sesiapa, sememangnya kamilah yang kena bertawakal dengan Tuhan.

“ALLAH nak didik kami untuk terus kuat dan selama ini kami banyak belajar malah akan terus belajar,” katanya ketika ditemui di luar Penjara Kajang, pada Jumaat.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakan-rakan yang sentiasa mendoakan mereka di sepanjang penahanan.

Mohammad Adib yang memakai baju-T lengan Panjang berwarna biru kemudiannya dipeluk oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang menunggu sejak awal pagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali mengucapkan salam ketika menuruni bas Jabatan Penjara Malaysia.

“Assalamualaikum semua,” katanya yang kemudian duduk di kerusi roda oleh ahli keluarganya.

Dia mengangkat tangan dan tidak mengulas lanjut ketika disapa pihak media.

Pada Jumaat, Mohammad Adib, Nasiruddin dan 11 pemimpin tertinggi syarikat dihukum penjara 15 bulan manakala sembilan wanita didenda RM4,500 kerana menjadi ahli pertubuhan yang menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar memerintahkan semua tertuduh lelaki itu dihukum penjara bermula tarikh tangkap, antara 25 September hingga 12 Oktober 2024.

Sementara isteri CEO GISBH dan lapan tertuduh wanita diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mereka ialah Nasiruddin, 66; isterinya, Azura Md Yusof, 58; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib, 33.

Sementara lapan tertuduh wanita lain ialah Hamimah Yakub, 72; Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29 dan Nur Jannah Omar, 33.

Seramai 11 tertuduh lelaki pula ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

-Sinar Harian

Tags: Anak AbuyaGISBH
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

AGC Terima Representasi CEO GISBH, 21 Pemimpin Tertingginya Berkaitan Pertuduhan Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang Sejak 2020.

AGC Terima Representasi CEO GISBH, 21 Pemimpin Tertingginya Berkaitan Pertuduhan Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang Sejak 2020.

30/10/2025
0

KAJANG: Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali...

GISBH: 185 Kanak-Kanak Sudah Diserah Kepada Ibu Bapa, Penjaga

GISBH: 185 Kanak-Kanak Sudah Diserah Kepada Ibu Bapa, Penjaga

21/02/2025
1

Shah Alam: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhak mengambil semula hak penjagaan kanak-kanak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sekiranya ibu bapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd