Shah Alam: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhak mengambil semula hak penjagaan kanak-kanak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sekiranya ibu bapa atau penjaga melanggar syarat bon yang ditetapkan.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri Anfaal Saari, berkata perkara ini sebagaimana yang dimaklumkan dalam syarat tambahan mengikut Subseksyen 30(8) Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya, setakat ini, seramai 185 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga dengan bon beserta syarat oleh pihak mahkamah.
“Ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan kepada pelindung… jadi dari masa ke semasa, pelindung akan memantau.
“Sekiranya mereka melanggar syarat yang dikenakan, bon tanpa cagaran ini mereka sudah melanggar kesalahan” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Wisma DUN Selangor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Lim Yi Wei (PH-Kampung Tunku) berhubung mekanisme pemantauan bagi pergerakan anak merentasi negeri atau ke luar negara.
Katanya, Subseksyen 30(8) Akta Kanak-Kanak 2001 juga memberi kuasa kepada mahkamah bagi mengenakan sebarang syarat atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah bagi maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Beliau berkata, jenis bon yang dikenakan ialah seperti yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 30(1)(a) iaitu bon tanpa cagaran manakala terdapat syarat tambahan di bawah Subseksyen 30(8) termasuklah ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan kepada pelindung sekiranya ingin bertukar alamat ataupun tempat tinggal.
“Ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan sebarang perbuatan berunsur penganiayaan, penderaan dan pengabaian tidak akan berlaku, selain memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan atau persekolahan formal yang sewajarnya.
“Ibu bapa atau penjaga tidak boleh memindahkan hak penjagaan kepada orang lain atau meletakkan kanak-kanak di suatu pusat tanpa pengetahuan pelindung dan kebenaran mahkamah.
“Pelindung bila-bila masa berhak untuk hadir dan melawat kanak-kanak di alamat tempat tinggal, ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan segala keperluan dan kebajikan kanak-kanak terjaga dan terjamin,” katanya.
Katanya, ibu bapa atau penjaga perlu hadir bersama kanak-kanak ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran tiga bulan sekali bagi tujuan pengawasan dan penyeliaan bagi kanak-kanak sepanjang perintah ini berkuat kuasa.
“Mereka juga perlu hadir bersama kanak-kanak untuk mengikuti apa-apa program atau aktiviti yang ditetapkan oleh JKM atau agensi kerajaan berkaitan sepanjang perintah ini berkuat kuasa.
“Pada masa sama, kanak-kanak tidak boleh dijadikan kandungan (content) di media sosial atau mana-mana platform media,” katanya.
Anfaal berkata, kriteria kesesuaian penjaga bagi membenarkan pelepasan anak-anak itu berdasarkan penilaian terhadap empat perkara antaranya ketersediaan sosial keluarga menerima kanak kanak.
“Begitu juga ketersediaan ekonomi keluarga, persekitaran tempat tinggal dan memenuhi keperluan anak anak persekolahan,” katanya.
-Harian Metro
Greetings! Very helpful advice within this article!
It’s the little changes that produce the most important changes.
Many thanks for sharing!
Feel free to visit my website :: خرید بک لینک