• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah
0
Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak lamarannya.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azmi Ariffin, Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk mengenakan hukuman mati ke atas Mohd Nur Hussein Mohd Salleh.

Sehubungan itu, mahkamah membatalkan hukuman terdahulu Mahkamah Tinggi iaitu 38 tahun penjara dan 20 sebatan.

Noorin berkata mahkamah mendapati Mohd Nur Hussein telah merancang dengan teliti pembunuhan wanita itu semata-mata kerana dia bertepuk sebelah tangan atau cintanya tidak berbalas.

Menurutnya, Mohd Nur Hussein telah melakukan perbuatan kejam, menyatakan bahawa kecederaan mangsa adalah konsisten dengan kecederaan akibat penyembelihan dan terdapat bukti menunjukkan dia juga cuba membakar bilik mayat wanita itu ditemui.

Hakim berkata Mohd Nur Hussein juga telah merancang untuk mengelak daripada disyaki dengan pergi ke kafe siber untuk log masuk dan keluar semasa jenayah itu namun beberapa saksi memberikan keterangan bahawa mereka melihatnya berhampiran rumah mangsa semasa kejadian.

“Perayu telah memasuki rumah mangsa pada awal pagi dan menikamnya sebanyak lapan kali sehingga menyebabkan urat pada lehernya putus.

“Ini menunjukkan secara terang-terangan tidak menghiraukan nyawa manusia. Kami bersetuju bahawa tidak ada penyesalan di pihak perayu kerana melakukan jenayah sedemikian. Selain itu, dia mengambil barang berharga milik mangsa dan anak mangsa serta menyembunyikannya,” katanya.

Mahkamah juga menolak rayuan Mohd Nur Hussein terhadap sabitan kesalahannya, memutuskan bahawa berdasarkan keterangan mengikut keadaan oleh pihak pendakwaan, sudah memadai untuk menunjukkan bahawa dia melakukan pembunuhan itu.

Mohd Nur Hussein, 42, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 8 September 2023, kerana membunuh Hamidah Abdul Rahman, 53, seorang pembantu kedai, di sebuah rumah di Taman Datuk Liew Yan Sip, Ipoh, Perak, antara 3 pagi dan 5 pagi pada 13 Mac 2017.

Menurut fakta kes, mangsa mengenali Mohd Nur Hussein beberapa tahun sebelum kejadian. Mereka berkawan dan sering keluar bersama.

Tertuduh pernah melamar mangsa tetapi ditolak kerana mangsa berusia 20 tahun lebih tua daripadanya. Dua bulan sebelum kejadian, wanita itu telah bertunang dengan seorang pesara polis.

Dalam hujahnya, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman mati kerana sifat mengerikan jenayah itu dan motif cemburu yang digambarkan sebagai “aku tak dapat, orang lain tak dapat.”

Peguam mewakili Mohd Nur Hussein, Mohamad Hafiz Jalaludin, berhujah bahawa tiada bukti daripada saksi pendakwaan, yang merupakan jiran si mati, untuk membuktikan tertuduh telah memasuki rumah mangsa atau bertemu wanita itu.

–BERNAMA

Tags: hukuman matiKes Bunuh Lamaran DitolakMahkamah Rayuan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, dilepas dan dibebaskan oleh...

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

28/10/2026
0

IPOH - Pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati selepas pertuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd