• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Tembak Hilang Dari Radar Bola Sepak Malaysia Sejak 2020

oleh Mohd Arshad
03/11/2025
dalam Terkini
0
Suspek Kes Tembak Hilang Dari Radar Bola Sepak Malaysia Sejak 2020
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memaklumkan bekas pemain Kelantan FA yang didakwa terbabit dalam kejadian tembakan sehingga menyebabkan kematian di Sungai Golok sudah menamatkan karier bola sepak sejak 2020.

Setiausaha agungnya, Husin Deraman berkata, pihaknya mengesahkan pemain berusia 31 tahun itu pernah beraksi bersama pasukan Kelantan pada 2014 dan 2019.

Katanya, sepanjang bersama pasukan, pemain kelahiran Rantau Panjang itu tidak mempunyai sebarang masalah disiplin mahupun terbabit dalam jenayah.

“Malah, pergaulan dengan rakan sepasukan dan pengurusan juga sangat baik, dia bermain di hujung musim tahun 2019 bersama Kelantan FA.

“Selepas tamat kontrak, kita ada cari dia untuk bermain dengan Kelantan tahun 2020, tetapi ketika itu dia sudah bermain untuk Nara United FC, dan itulah kali terakhir kami berhubung dengannya,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, di sini, hari ini.

Husin berkata, selepas memilih untuk bersama kelab dari Thailand, pemain itu terus hilang dalam radar bola sepak negara.

Beliau berkata, pihak KAFA terkejut selepas menerima maklumat berkenaan pembabitan bekas pemain Yala FC itu yang ditahan sebagai salah seorang suspek kes tembak seorang lelaki warganegara Malaysia di Sungai Golok, Sabtu lalu.

Katanya, pemain di posisi penjaga gol itu tidak menunjukkan sebarang masalah namun sebelum menghilangkan diri, dia dikatakan menghadapi masalah kewangan sehinggakan pihak KAFA pernah memberi kemudahan pengangkutan.

Ia bagi membolehkan dia berulang alik dari Rantau Panjang ke tempat latihan pasukan di padang latihan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Pasir Tumboh ketika bersama pasukan Kelantan.

“Di penghujung musim, dia menghilangkan diri mungkin sebab masalah ekonomi, kami cari dia untuk bantu tetapi tidak dapat dihubungi sehingga kita dimaklumkan tentang kejadian dan peristiwa ini mengejutkan persatuan,” katanya.

Husin berkata, dia berharap pemain lain mengambil pedoman kejadian dan jika mempunyai sebarang masalah berhubung dengan majikan kerana negara kerugian bakat yang dimiliki pemain jika mereka terbabit dalam jenayah.

BHonline-

Tags: Kelantansuspek kes tembak
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd