• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tidak Perlukan Pakatan Rakyat!

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki membayangkan PAS tidak lagi memerlukan pakatan rakyat untuk mendapat undi bukan Melayu kerana parti itu sudah mempunyai kekuatan sendiri.

Beliau turut membayangkan PAS kini berada di landasan yang betul selapas berjaya menyingkirkan barisan kepimpinan lamanya yang gagal membangunkan peradaban Islam di Malaysia seperti dihasratkan PAS.

“Barisan kepimpinan PAS yang baru merupakan mereka yang beriltizam untuk Malaysia bernaung di bawah sistem Islam.

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi orang terpenting mengemudi PAS kembali ke landasan sebenar yang disambut secara besar-besaran oleh perwakilan muktamar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan empat petunjuk penting yang memperlihatkan PAS berada di landasan betul selepas muktamar parti itu baru-baru ini antaranya PAS kembali mendapat kepercayaan pengundi Melayu.

Katanya, petunjuk lain adalah PAS kini mampu menembusi segmen pengundi bukan Melayu termasuk di Sabah dan Sarawak dengan kekuatan sendiri.

Menurutnya, PAS juga semakin bersedia menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti seperti yang sedang berlaku di kebanyakan negara-negara membangun.

Malah, katamya, PAS semakin menguasai teknologi terkini terutama teknologi media dan teknologi maklumat yang merupakan faktor dominasi politik masa kini.

Justeru, beliau percaya PAS akan meletakkan calon di kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu yang menjadi tradisi DAP dalam pilihan raya umum akan datang kerana PAS mempunyai Dewan Himpunan PAS (DHPP),

Katanya, PAS juga telah menjadi parti yang bersikap terbuka kepada semua pihak sesuai terutama dengan kerajaan Persekutuan dengan ‘Islam sebagai rahmat kepada semua’. – Mynewshub.cc

Tags: PAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd