PUTRAJAYA: Kes penyelewengan dana milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal tiba di penghujung.
Keputusan sama ada Najib disabitkan atau bebas daripada empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram akan diputuskan pada 26 Disember ini.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menetapkan tarikh bagi keputusan itu pada prosiding hujahan di akhir pembelaan yang dijalankan di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.
“Tertakluk kepada hujahan (di akhir kes pembelaan yang belum selesai), saya boleh katakan sekarang bahawa saya akan menetapkan keputusan pada 26 Disember ini,” katanya.
-Berita Harian


