• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan, Bakar Rumah Hingga Ibu Melecur

oleh Mohd Arshad
29/10/2025
dalam Jenayah
0
Lelaki Ditahan, Bakar Rumah Hingga Ibu Melecur
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki dipercayai membakar rumah milik keluarganya di Kampung Seberang Kuak Hulu, Pengkalan Hulu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, suspek berusia 25 tahun bertindak membakar kediaman itu, yang menyebabkan kerosakan sehingga 65 peratus.

Beliau berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu menerima laporan berkaitan kebakaran sebuah rumah kediaman di lokasi itu pada 1.08 pagi.

“Siasatan awal mendapati punca kebakaran dipercayai hasil perbuatan khianat anak pemilik rumah sendiri dipercayai berada di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Zulkepli berkata, seorang mangsa dipercayai ibu suspek yang cedera dalam kejadian itu dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah bagi mendapatkan rawatan lanjut akibat melecur serta memerlukan pembedahan segera.

Beliau berkata, 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pengkalan Hulu dibantu Balai Bomba Daerah Baling, Kedah berjaya memadam kebakaran pada 2.30 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis Cawangan Risikan dan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pengkalan Hulu dibantu anggota dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) kemudian berjaya menahan suspek pada 3.25 pagi hari sama.

“Permohonan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dipohon di Mahkamah Majistret Gerik dan lelaki itu ditahan reman selama empat hari sehingga 1 Nov ini,” katanya.

Zulkepli berkata ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah methaphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: bakar rumahpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd