• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

oleh Mohd Arshad
27/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS yang terhempas di Laut China Selatan ketika menjalani latihan ketenteraan.

Jurucakap kementerian, Guo Jiakun, berkata penempatan kerap kapal perang dan pesawat tentera AS di Laut China Selatan bagi menunjukkan kekuatan ketenteraan adalah punca utama kepada masalah keselamatan maritim dan menggugat keamanan serta kestabilan serantau.

“Penempatan berterusan aset ketenteraan AS di perairan ini adalah akar kepada ketegangan maritim yang berlaku,” katanya dalam sidang media harian di Beijing, hari ini.

Menurut Tentera Laut AS, sebuah helikopter dan sebuah jet pejuang milik angkatan itu terhempas secara berasingan di Laut China Selatan dalam tempoh sejam semalam ketika menjalankan operasi rutin dari kapal pengangkut pesawat yang sama.

Bagaimanapun, semua anggota yang terbabit dilaporkan selamat.

Kejadian itu berlaku ketika Presiden AS, Donald Trump sedang melakukan lawatan rasmi ke Asia.

Reuters-

Tags: Amerika SyarikatChinapesawat
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd