• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Negara AS Gesa Kerahan Segera Pasukan Tentera Antarabangsa Gaza

oleh Mohd Arshad
25/10/2025
dalam Terkini
0
Setiausaha Negara AS Gesa Kerahan Segera Pasukan Tentera Antarabangsa Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

KIRYAT GAT (Israel): Diplomatik utama Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, meluahkan harapan supaya pasukan antarabangsa dapat segera dikerahkan untuk mengawal gencatan senjata di Gaza.

Ini susulan selepas puak-puak Palestin bersetuju sebuah jawatankuasa teknokrat bebas akan menguruskan wilayah yang hancur selepas perang.

Setiausaha Negara AS itu menyatakan penting untuk perjanjian itu mewujudkan keadaan yang membolehkan pasukan penstabilan dihantar secepat mungkin apabila ia dapat disusun.

Perjanjian yang diterajui oleh Presiden Donald Trump ini mencadangkan penubuhan pasukan antarabangsa untuk mengawasi keselamatan selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Puak-puak utama Palestin, termasuk Hamas, berkata mereka bersetuju dalam pertemuan di Kaherah bahawa sebuah jawatankuasa sementara yang terdiri daripada teknokrat bebas akan mengambil alih pentadbiran Gaza.

“Jawatankuasa itu akan menguruskan urusan kehidupan dan perkhidmatan asas dengan kerjasama negara-negara Arab dan institusi antarabangsa,” menurut kenyataan bersama yang diterbitkan di laman web Hamas.

Kenyataan itu juga menggesa mesyuarat antara semua pasukan dan puak untuk bersepakat mengenai strategi nasional dan menghidupkan semula Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin.

Bagaimanapun, Rubio mengesahkan Israel akan mempunyai hak veto terhadap komposisi pasukan itu, di tengah laporan yang menyatakan Israel membantah penyertaan Turkiye.

“Terdapat banyak negara yang menawarkan untuk melakukannya. Sudah tentu, apabila anda menyusun pasukan ini, ia perlu membabitkan negara-negara yang selesa bagi Israel,” katanya.

Namun, di bawah kepimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan, Turkiye menyambut pemimpin Hamas dan menjadi pengkritik lantang terhadap Israel.

Indonesia, negara majoriti Muslim terbesar di dunia, menyatakan kesediaannya untuk menghantar tentera ke Gaza.

Rubio berkata, AS mungkin akan mencari mandat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk pasukan itu kerana beberapa negara memerlukan kelulusan badan dunia itu untuk menghantar tentera.

Namun, beliau sekali lagi menolak sebarang peranan masa depan untuk UNRWA, agensi PBB yang menguruskan pelarian Palestin, yang diharamkan oleh Israel daripada memasuki wilayahnya.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatGazaSetiausaha Negara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd