• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

oleh Mohd Arshad
23/10/2025
dalam Terkini
0
Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan telah dibatalkan.

Saifuddin Nasution berkata, ia susulan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membatalkan pasport individu yang dikendaki itu.

“Saya difahamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bahawa SPRM pernah mengangkat permohonan untuk membatalkan pasport individu tersebut dan hal itu telah pun dilaksanakan. Itu saya boleh sahkan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini pada Khamis.

Beliau berkata, polis serta JIM akan membantu membawa pulang Muhammad Adlan, yang kini dipercayai berada di luar negara, bagi tujuan siasatan SPRM.

“Individu tersebut sememangnya dikehendaki untuk tujuan siasatan oleh SPRM. Jadi, bagaimana dua agensi di bawah KDN iaitu JIM dan polis boleh membantu untuk membawa pulang, itu keutamaan kami,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata, pihaknya juga akan menyemak bagaimana Muhammad Adlan boleh bergerak di luar negara sedangkan pasportnya telah dibatalkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan menantu bekas perdana menteri itu berada di sebuah negara Asia Barat seperti yang dilaporkan media hari ini.

Muhammad Adlan meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 Mei 2023, tidak lama selepas bapa mentuanya didakwa atas beberapa pertuduhan rasuah.

-Bernama

Tags: Muhyiddin YassinPASPORTSaifuddin Nasution
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

06/11/2025
0

PASPORT MALAYSIA ANTARA TERKUAT DI DUNIA, TANGGA KETIGA RANKING 2025 Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pasport Malaysia kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd