• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

oleh Mohd Arshad
23/10/2025
dalam Jenayah
0
Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menampar, mencakar dan mencederakan rakan senegaranya dengan gunting serta memasukkan serbuk cili ke dalam seluar dalam mangsa, dua minggu lepas.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga dalam talian Erna Wati, 41, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 9 Oktober lepas serta penjara dua bulan, jika gagal membayar denda.

Erna Wati didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap pekerja kedai makan, Dyah Ayu Kuriniasari, 43, menggunakan gunting di tepi jalan berdekatan Pulapol, di sini pada 10.30 malam, 7 Okt lepas mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Difahamkan kejadian berlaku kerana mangsa dipercayai telah mengganggu suami tertuduh.

Mengikut fakta kes, mangsa (Dyah Ayu) telah dijemput rakannya dengan menaiki sebuah kereta bersama tertuduh (Erna) serta dua lagi rakan tertuduh dan semasa berada di dalam kereta berkenaan, tertuduh telah bertanyakan beberapa soalan kepada mangsa.

Namun, tertuduh tidak berpuas hati dengan jawapan mangsa lalu mengarahkan seorang daripada rakan kepada tertuduh supaya memegang badan mangsa.

Tertuduh kemudian telah meletakkan serbuk cili pada bahagian muka dan memasukkan serbuk itu ke dalam seluar dalam mangsa.

Mangsa turut dicakar, ditampar oleh tertuduh dan matanya dicungkil serta tertuduh juga bertindak mencucuk bahagian belakang mangsa beberapa kali menggunakan gunting dalam keadaan marah dan menggunting baju mangsa sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan berhampiran tempat kejadian.

Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami beberapa kesan luka akibat dicakar dan ditikam serta terdapat kesan gunting pada bahagian muka, badan, tangan, kaki dan telinga wanita itu selain rambutnya dipotong.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira kesalahan itu serius serta tahap kekejaman yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa.

“Dalam kes ini, mangsa merupakan seorang wanita yang mengalami kecederaan serius serta mempunyai kesan psikologi akibat perbuatan tertuduh. Tindakan tertuduh yang menampar, meletakkan serbuk cili dan mencakar mangsa adalah perbuatan kejam.

“Mohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh untuk memberi pengajaran supaya kejadian ini tidak berulang lagi,” katanya.

Peguam Ahmad Ikram Ab Alim yang mewakili Erna Wati memohon hukuman penjara minimum dengan alasan anak guamnya mempunyai lima anak berusia antara lima hingga 11 tahun yang masih bersekolah selain tiada rekod kesalahan lampau.

“Anak guam saya telah menetap di Malaysia selama 20 tahun. Dia juga telah insaf dan kesal dengan perbuatannya,” katanya.

-Harian Metro

Tags: cederadendaPenjaraSerbuk Cili
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd