• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inkues Kematian Zara Qairina: Pelajar Senior Tidak Percaya Arwah Mencuri

oleh Mohd Arshad
21/10/2025
dalam Terkini
0
Inkues Kematian Zara Qairina: Pelajar Senior Tidak Percaya Arwah Mencuri
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Seorang pelajar senior memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini dia tidak percaya terhadap tuduhan kononnya Allahyarham Zara Qairina Mahathir mencuri, sebaliknya menggambarkan remaja itu suka membantu rakan-rakannya.

Keterangan itu diberikan saksi kanak-kanak ke-16, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada hari ke-25 prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Berkongsi keterangan saksi, peguam Rizwandean M Borhan yang mewakili ibu Zara Qairina berkata, saksi berkenaan yang juga pelajar senior, menyifatkan Zara Qairina sebagai seorang yang ceria, aktif dan happy go lucky.

“Zara menghormati pelajar senior. Zara tidak pernah mengadu masalah atau tekanan kepada sesiapa.

“Saksi memberitahu dia merasakan Zara Qairina kurang digemari oleh beberapa pelajar di asrama, kerana ada yang memberi gelaran ‘Zara yang problem itu’ kerana menuduh Zara mencuri.

“Saksi juga memaklumkan yang dia tidak percaya atas tuduhan Zara Qairina mencuri…saksi mengesahkan tidak mendengar bunyi jatuh atau apa-apa yang ganjil sebelum kejadian pada malam itu,” kata Mohd Rizwandean ketika berkongsi keterangan saksi kepada pemberita selepas prosiding.

Mohd Rizwandean berkata, saksi turut mendedahkan budaya memarahi dan memaki pelajar junior oleh pelajar senior, wujud di asrama berkenaan.

Beliau berkata, ketika memberikan keterangan, saksi dilihat sebak dan menangis apabila mengenang kembali pengalaman pahit ketika menjadi pelajar junior, termasuk kejadian yang dialaminya ketika dikenakan dalam MA (Mesyuarat Aras) iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior.

“Akibat daripada MA itu, saksi sangat terkesan sehingga hari ini kerana pelajar senior kerap menyindirnya, apabila bertemu di kawasan sekolah.

“Saksi berkata, dia pernah disindir oleh pelajar senior kerana menjadi seorang ‘Badar’ dan sering merampas telefon pelajar lain yang dibawa ke sekolah. Mereka menyindir saksi dengan kata-kata ‘tu na tu jibam’. Jibam bermaksud ‘pe-report’ (orang yang suka melaporkan). Namun, saksi maklumkan dia buat tidak tahu saja dengan komen mereka,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang kanak-kanak dalam kes Zara Qairina, berkongsi keterangan saksi kanak-kanak ke-17 yang memberitahu pernah melihat bekas torehan menyerupai parut “kod bar” pada lengan Zara Qairina, ketika mereka berdua berada di tandas asrama.

Ram berkata, saksi yang juga pelajar tingkatan 1 di sekolah berkenaan, memaklumkan parut itu ditunjukkan sendiri oleh mangsa.

“Dia (saksi) cakap, dia tidak tahu kenapa. Dia tidak mahu bertanya kenapa, tetapi dia tahu apa itu ‘kod bar’. Kemudian soalan daripada pihak yang lain, banyakkah? Dia (saksi) cakap, banyak juga… garis-garis banyak jugalah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ram berkata, saksi berkenaan juga mengesahkan pernah membaca diari milik Zara dengan kebenaran mangsa, namun kandungan diari itu lebih banyak dikaitkan dengan saksi lain yang akan memberi keterangan kemudian.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai. Prosiding inkues bersambung esok.

-Berita Harian

Tags: Inkues Kematian Zara QairinaZara Qairina
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Kakitangan SMKA Tun Datu Mustapha (TDM) berasa takut untuk ke tempat awam susulan insiden membabitkan Zara Qairina Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd