BAGI kebanyakkan pengguna Tablet, penggunaan papan kekunci bluetooh pada peranti dilihat amat efisyen kerana ia menyenangkan proses menaip.
Papan kekunci yang sedia ada pada skrin sebenarnya tidak sesuai digunakan buat masa yang lama.
Ini kerana saiz skrin akan mengecil disebabkan membahagi kepada dua bahagian dan posisi antara pengguna dan tablet ketika menaip akan melambatkan sesuatu perkara, sekaligus menurunkan tahap kepantasan menaip.
Terdapat banyak papan kekunci Bluetooth untuk tablet di pasaran dan majoritinya tidak mempunyai pad sesentuh terbina.
Moky ialah sebuah papan kekunci dengan teknologi pad sesentuh terbina.
Dengan menggunakan teknologi laser, keseluruhan papan kekunci boleh berfungsi sebagai pad sesentuh apabila diperlukan.
Terdapat dua pemancar laser yang mengesan pergerakan jari dan merubahnya kepada pergerakan cursor pada skrin peranti.
Kesemua fungsi asas pad sesentuh seperti mentatal menggunakan dua jari dan aksi zoom keluar masuk dapat dilakukan dengan mudah.
Moky turut mempunyai penutup khas yang apabila dibuka akan menjadi tempat untuk meletakkan tablet anda.
Peranti tambahan ini sesuai digunakan pada iOs, Android dan juga Windows.
Selain itu, bateri terbinanya pula dikatakan mampu bertahan selama tiga bulan sebelum perlu dicas semula.
Harga jualan adalah USD69 (RM259) seunit.
-MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=CRxVdbJZc7s


