• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

iFUTURE 2025: Mustapha Sakmud Pimpin Diskusi Peranan Sukarelawan Muda Dalam Pembinaan Negara

oleh Damu
18/10/2025
dalam Advertorial
0
iFUTURE 2025: Mustapha Sakmud Pimpin Diskusi Peranan Sukarelawan Muda Dalam Pembinaan Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Forum pada hari ketiga persidangan International Young Future Leaders Summit (iFUTURE 2025) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Yayasan Perkasa Siswa dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi tumpuan apabila dua figura penting iaitu Pengarah Eksekutif Yayasan Sukarelawan Pelajar (YSS), Dr. Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud dan Pemenang Tokoh Siswa Negara 2025, Mr. Ng Zhen Fan Shankar duduk sepentas bagi membincangkan tentang cara praktikal untuk mahasiswa dalam menggerakkan rakan sebaya di peringkat universiti dan komuniti agar terlibat dalam inisiatif sosial serta alam sekitar.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud pula bertindak sebagai moderator bagi membincangkan topik bertajuk “Kesukarelawanan dan Pembinaan Negara”.

Bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), YBTM telah mencetuskan perbualan yang cukup dinamik bersama dua ahli panel jemputan yang mempunyai latar belakang cemerlang dalam kepimpinan dan aktivisme belia.

Menerusi perbincangan tersebut, tumpuan diberikan kepada persoalan bagaimana mahasiswa boleh menjadi penggerak perubahan melalui platform kesukarelawanan yang strategik dan berstruktur, sama ada di kampus mahupun dalam komuniti.

Antara fokus utama forum ini ialah strategi “Institusionalisasi Kesukarelawanan” agar semangat memberi dan berbakti tidak sekadar bersifat sementara, tetapi dapat diteruskan secara berterusan dengan impak yang lebih meluas.

Beliau turut menegaskan bahawa semangat kesukarelawanan bukan hanya membentuk keperibadian mahasiswa, tetapi melatih mereka menjadi pemimpin berjiwa rakyat kelak.

“Saya percaya, semangat kesukarelawanan ini bukan sahaja membentuk keperibadian mahasiswa yang seimbang, tetapi juga melatih mereka menjadi pemimpin berjiwa rakyat — seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa  KPT komited memastikan setiap mahasiswa bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut dilengkapi nilai kemanusiaan, empati dan kepimpinan.

Melalui forum ini, iFUTURE  2025 terbukti menjadi platform penting dalam memperkukuh peranan mahasiswa sebagai sukarelawan muda yang mampu menyumbang kepada pembinaan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Share200Tweet125SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd