• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 225kg Dadah, Tumpas Sindiket Dari Pantai Timur

oleh Mohd Arshad
16/10/2025
dalam Jenayah
0
Polis Rampas 225kg Dadah, Tumpas Sindiket Dari Pantai Timur
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 225 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan ketamin bernilai lebih RM14 juta.

Lima warga tempatan termasuk sepasang suami isteri turut ditahan.

Sindiket itu dilaporkan menyeludup dadah dari Kelantan ke Lembah Klang sejak setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata sindiket dipercayai menggunakan pelbagai cara menyeludup dadah dari Pantai Timur ke Lembah Klang, termasuk melalui laluan utama di pintu sempadan dan jalan tikus.

“JSJN Bukit Aman melancarkan tiga serbuan pada Isnin dan Selasa lalu serta menahan lima individu berusia antara 29 hingga 38 tahun, kebanyakan mereka berasal dari Pantai Timur.

“Dalam serbuan pertama di sebuah rumah teres di Batu Caves, polis menahan sepasang suami isteri dan menemui 197 bungkusan plastik berisi dadah ketamin seberat 200kg dan dadah syabu (methamphetamine) seberat 125kg.

“Susulan serbuan pertama, JSJN menyerbu kawasan parkir sebuah kondominium di Wangsa Maju dan menahan lelaki suspek ketiga namun tidak menemui apa-apa barang salah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, hari ini.

Hussein berkata, pihaknya menahan dua lagi lelaki iaitu suspek keempat dan kelima di sebuah kondominium di Wangsa Maju tetapi tidak menemui apa-apa dadah.

“Siasatan mendapati suspek pertama yang ditahan berperanan sebagai penyimpan stok dadah di rumahnya manakala suspek kedua adalah isterinya.

“Suspek keempatberperanan sebagai koordinator manakala suspek ketiga dan kelima adalah rakan sekutu.

“Kita percaya sindiket ini memantau pergerakan pihak berkuasa ketika menyeludup dadah ke Lembah Klang dan sangat licik hingga sukar dikesan,” katanya.

Beliau berkata, sindiket itu menyeludup dadah dan menjadikan unit kediaman di Lembah Klang sebagai stor sebelum diedar kepada sindiket pengedaran dadah lain untuk pasaran tempatan khususnya Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, semua suspek direman tujuh hari sehingga 20 Oktober mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hussein berkata, polis turut melakukan sitaan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988, membabitkan enam unit kenderaan dan pelbagai jenis barangan kemas bernilai RM300,000.

“Dadah yang dirampas mampu merosakkan 1.29 juta pengguna,” katanya.

BHonline-

Tags: polisrampasan dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cari Nahas ‘Berlakon’ Menjadi Polis

Cari Nahas ‘Berlakon’ Menjadi Polis

06/02/2026
0

Melaka: Pengawal keselamatan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh,di sini, tadi, atas kesalahan menyamar sebagai anggota polis dengan tujuan...

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd