• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

oleh Mohd Arshad
14/10/2025
dalam Terkini
0
Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang pelajar lelaki, pagi tadi.

Sumber berkata, kejadian dikatakan sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, iaitu pelajar lelaki Tingkatan Dua dipercayai membawa senjata tajam, dipercayai pisau ke sekolah.

Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit turut menikam pelajar lain dan pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

BH sedang berusaha menghubungi polis, namun difahamkan butiran penuh kejadian dijangka diperoleh pada sidang media di lokasi kejadian.

Setakat ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dan pasukan pegawai penyiasat dilaporkan berada di lokasi.

Kejadian tikam berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah – KPN

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian tikaman membabitkan mangsa, pelajar Tingkatan Empat, dan suspek Tingkatan Dua di sebuah sekolah d Bandar Utama, Petaling Jaya disahkan berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah.

Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Beliau turut menyifatkan kejadian itu sangat menyedihkan dan menuntut siasatan segera.

“Kejadian membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang meninggal dunia, dan setakat ini kita tidak dapat memastikan motif sebenar kejadian ini.

Suspek sudah ditangkap

“Tangkapan sudah dibuat dan insya-Allah Ketua Polis Selangor akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kempen Anti Buli di sini, hari ini.

Mohd Khalid turut mengesahkan suspek berusia 14 tahun tidak boleh didedahkan identitinya kerana masih di bawah umur.

BH sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi, apabila suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.

Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.

Mangsa bunuh ditikam beberapa kali di badan

Di lokasi, Wartawan BH – Ercy Gracella Ajos melaporkan dua senjata tajam dipercayai digunakan oleh suspek, pelajar Tingkatan Dua berkenaan telah dirampas polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata siasatan awal mendapati terdapat beberapa tikaman di bahagian badan mangsa.

“Kita ada rampas dua senjata tajam yang kita percayai digunakan dalam kejadian ini. Kita akan sahkan kemudian (jenis senjata digunakan) nanti.

“Kecederaan tikaman (didapati di bahagian badan (mangsa). Apabila laporan postmortem (bedah siasat) keluar nanti, kita akan tahulah berapa jumlah tikaman yang sebenar,” katanya.

Polis sahkan tiada unsur buli

Shamsudin juga mengesahkan tiada unsur buli dalam kejadian itu. Siasatan awal menunjukkan terdapat beberapa tikaman di badan mangsa yang dipercayai dibunuh di kawasan berhampiran tandas perempuan.

“(Setakat siasatan yang sudah dibuat) saya mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku.

“Tetapi siasatan lanjut kita akan jalankan kalau timbul perkara-perkara lain,” katanya.

Beliau turut memaklumkan mayat perempuan tingkatan empat yang dibunuh sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) untuk bedah siasat.

Katanya, motif kejadian juga masih dalam siasatan pihak polis.

-Berita Harian

Tags: kes tikampelajar sekolahSekokah
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd