• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Lelaki Maut Nahas 6 Kenderaan

oleh Mohd Arshad
12/10/2025
dalam Terkini
0
Remaja Lelaki Maut Nahas 6 Kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT: Seorang remaja lelaki 14 tahun maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Kilometer 75.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan) di Ayer Hitam di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata Muhammad Ammar Zafran Khairul Nizam yang membonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kerana cedera parah pada kepala, tangan dan kaki.

Beliau berkata kejadian membabitkan masing-masing sebuah bas, kereta dan van serta tiga motosikal berlaku pada 2.30 pagi.

“Kemalangan awal melibatkan tiga motosikal menyebabkan penunggang dan pembonceng sebuah motosikal tercampak dan jatuh di jalan raya lalu mengakibatkan kemalangan susulan membabitkan sebuah bas, kereta serta van yang tidak sempat mengelak.

“Kemalangan juga menyebabkan penunggang motosikal sama iaitu remaja lelaki 16 tahun cedera pada tangan dan kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bernama-

Tags: mautNahas KenderaanRemaja Lelaki
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd