• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ingatkan Sekolah Antarabangsa Perlu Utamakan Bahasa Melayu

oleh Mohd Arshad
10/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
PM Ingatkan Sekolah Antarabangsa Perlu Utamakan Bahasa Melayu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesan kecuaian dalam kalangan 249 sekolah antarabangsa yang tidak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu dalam sistem pembelajarannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bahasa Melayu adalah nadi identiti bangsa dan wahana pemikiran kebangsaan yang mesti terus dipupuk dalam jiwa rakyat.

Tegasnya, bahasa Melayu juga bukan sekadar bahasa komunikasi, sebaliknya memainkan peranan besar sebagai bahasa ilmu, budaya dan perpaduan.

“Seyogia diperingatkan, Kementerian Pendidikan akan terus mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di semua sekolah dan aliran.

“Kita perhatikan terdapat kecuaian pelaksanaan yang bercambah di 249 sekolah antarabangsa.

“Sekolah antarabangsa harus memastikan pelaksanaan pembelajaran bahasa Melayu dan kenegaraan kepada semua anak Malaysia,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi mengukuhkan bahasa Melayu, kerajaan setuju menghidupkan semula Hadiah Bahasa.

“Ini menandakan tekad MADANI memperkasa warisan bahasa Melayu sebagai lambang maruah dan keunggulan tamadun bangsa.

“Sesuai dengan tuntutan semasa, penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara harus diberikan keutamaan mulai dari peringkat rendah,” katanya.

BHonline-

Tags: Anwar IbrahimBahasa Melayusekolah antarabangsa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Amat Penting Fasih Bahasa Melayu, Mudahkan Penyampaian Maklumat – Wee Ka Siong

Amat Penting Fasih Bahasa Melayu, Mudahkan Penyampaian Maklumat – Wee Ka Siong

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan adalah amat penting untuk pemimpin akar umbi mahupun ahli-ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd