• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Bantu Malaysia Elak Krisis Ekonomi – PM

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penurunan harga minyak boleh menyebabkan Malaysia dilanda krisis ekonomi sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata GST, yang menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah membantu meluaskan hasil negara bagi mengelakkan pergantungan tinggi kepada hasil minyak.

GST ialah sistem cukai yang dilaksanakan di seluruh dunia yang lebih telus dan bersistematik berbanding SST, katanya, sambil menambah perubahan dalam sistem cukai negara tidak dapat dielakkan.

Najib, yang juga menteri kewangan berkata dengan perubahan itu, Malaysia kini mempunyai arus pendapatan yang lebih pelbagai dan asas yang kukuh.

“Komuniti perniagaan dan pelabur asing kekal optimistik,” kata beliau dalam catatan terbaharunya di blog NajibRazak.com.

Perdana Menteri berkata GST tidak akan digunakan untuk menyelamatkan kerajaan.

“Isu menggunakan hasil GST untuk membayar usaha niaga yang gagal tidak timbul,” katanya yang menjawab dakwaan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamed bahawa kerajaan menggunakan GST untuk menyelamatkan usaha niaga kerajaan yang mengalami kegagalan.

Najib berkata kerajaan akan mendedahkan bagaimana hasil GST akan diperuntukkan dalam bajet akan datang.

“Untuk mengatakan mereka, yang bukan golongan yang membayar cukai pendapatan, menyelamatkan kerajaan hanyalah fakta yang diputar belit,” katanya yang mendedahkan bahawa sebahagian besar bantuan kerajaan diperuntukkan kepada kumpulan khusus ini.

“Mereka malahan diberi ganjaran dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM13 bilion dari 2012 hingga 2015 bagi BR1M yang memberi manfaat kepada hampir 7.4 juta rakyat.

Menjelaskan tentang usaha niaga kerajaan, Najib berkata terdapat banyak usaha niaga yang berjaya dilaksanakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sebagai contoh, 20 GLC utama kita mencatatkan jumlah pulangan pemegang saham 12.6 peratus setahun dari 2004 hingga 2015, mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur pada 12.2 peratus setahun.

“Permodalan pasaran juga meningkat 3.2 kali daripada RM133.8 bilion pada 2004 kepada RM431.1 bilion pada 2015. Jumlah keuntungan bersih melonjak daripada RM9.9 bilion kepada RM26.2 bilion dari 2004 hingga 2015,” katanya.

Najib berkata kerajaan sentiasa menambah baik pengurusan kewangannya termasuk meningkatkan kecekapan GLC dan memaksimumkan pulangan mereka.

Beliau berkata GLC mencatatkan pulangan yang lebih banyak dan berkembang lebih daripada biasa dari segi nilai, dengan peningkatan ketelusan, pertanggungjawaban dan daya saing di bawah Program Transformasi GLC.

“Pentadbiran ini telah meningkatkan kepentingan dan kebebasan yang diberikan kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit Kewangan Negara bagi melaporkan semua ketirisan,” katanya.

Bilangan isu yang diketengahkan oleh Ketua Audit Negara telah berkurangan tahun demi tahun, kata beliau, sambil menambah, “Dan saya berhasrat untuk menambah baiknya lagi.” – BERNAMA

https://youtu.be/iAPLdOLDtQQ

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd