SEPANG: Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan tiada sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang cedera ketika kapal masing-masing dipintas rejim Zionis.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Ketua Pengarah dan jurucakap rasmi SNCC, Datuk Dr Sani Araby Al-Kahery, berkata perkembangan itu diterima secara terus daripada delegasi Malaysia sebelum mereka mencampakkan telefon bimbit ke laut.
Dalam pada itu, Sani berkata, pasukan guaman diketuai ‘Centre for Human Rights Research & Advocacy’ sudah digerakkan untuk memberi bantuan perundangan kepada delegasi Malaysia yang menyertai misi GSF.
Menurutnya, pasukan berkenaan kini sudahpun berada di Amman, Jordan bagi menyelaras hal perundangan berkaitan delegasi Malaysia dan flotilla.
Untuk memberikan maklumat terkini kepada orang ramai membabitkan sukarelawan misi kemanusiaan GSF, SNCC akan menganjurkan sidang media tiga kali sehari bagi membawa perkembangan semasa .
Sidang media itu dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi, 3 petang dan 9 malam, setiap hari.
BHonline-


