• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKNS Sumbang RM100,000 Kepada Hospital Selayang

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyerahkan sumbangan zakat RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Hospital Selayang bagi membantu pesakit kurang berkemampuan.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban Asnaf Gharimin dalam membayar kos perubatan.

“Melalui bantuan wang zakat ini, PKNS berharap ia dapat membantu meringankan beban mereka yang tidak mampu menanggung pembayaran bil hospital atau alat sokongan perubatan dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Majlis penyerahan cek disampaikan oleh Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah kepada Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh.
Hadir sama pada majlis berkenaan Pengurus Sektor Perhubungan Perkhidmatan Pelanggan Zakat, Lebaga Zakat Selangor (LZS), Shamsuri Ashaari.

Ishak berkata, inisiatif itu juga salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS kepada institusi perubatan di Selangor menerusi pengagihan semula wang zakat PKNS.

“Sebelum ini, PKNS telah menghulurkan bantuan serupa kepada TKPM Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di mana PKNS bekerjasama dengan LZS dalam aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat khasnya dalam pengagihan semula wang zakat.

“Pada tahun ini sahaja, PKNS akan mengagihkan semula wang zakat bagi program CSR untuk asnaf fakir dan miskin, muallaf, fisabilillah dan gharimin,”katanya.

Beliau turut memaklumkan PKNS baru- baru ini menerima pengiktirafan Anugerah Abdul Rahman Bin Auf 2014 daripada LZS di atas pengurusan dan pengagihan semula zakat yang cekap serta bayaran zakat perniagaan yang konsisten. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/U13xoLYiUQY

Tags: PKNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Kakitangan PKNS Azalan Dikebumi Di Shah Alam

20/10/2019
0

SHAH ALAM - Jenazah kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azalan Miswan yang maut dalam satu kemalangan di Turki pada...

Bersihkan Hutan Gombak Untuk Projek PKNS Dibantah

19/02/2019
0

PETALING JAYA - Sebuah organisasi yang memayungi 8 kumpulan pencinta alam memberi amaran kepada kerajaan Selangor yang meneruskan projek perumahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd