• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

oleh Mohd Arshad
27/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin dijalankan mengikut prosedur forensik ditetapkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab, berkata proses bedah siasat itu dilakukan selepas pihaknya menerima arahan melalui Surat Polis 61.

Mengulas lanjut, katanya kes itu dirujuk kepada Pakar Patologi Forensik dan jasad dibawa ke Hospital Sultan Ismail di Johor, yang mempunyai fasiliti lengkap bagi memastikan pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh dan terperinci.

“Bedah siasat itu dilakukan Pegawai Perubatan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail dan bukannya oleh Pegawai Perubatan Hospital Kota Tinggi seperti didakwa.

“Walaupun bedah siasat dilakukan Pegawai Perubatan, semua kes bedah siasat forensik sentiasa berada di bawah pemantauan Pakar Patologi Forensik.

“KKM sentiasa komited memastikan semua prosedur bedah siasat forensik dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan berlandaskan sains perubatan, demi menjamin keadilan serta ketelusan dalam setiap siasatan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menjawab laporan media sebelum ini yang memetik peguam keluarga Syamsul Haris yang menuntut penjelasan berhubung tindakan pegawai perubatan Hospital Kota Tinggi (HKT) menjalankan bedah siasat ke atas jenazah pegawai kadet PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu pada 29 Julai lalu.

Peguam Datuk Naran Singh, dilapor berkata pihaknya masih menunggu jawapan selepas menghantar tiga surat iaitu kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, selain Pengarah Hospital Kota Tinggi serta Pakar Forensik Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Katanya, mereka mahukan penjelasan berikutan ibu Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, sudah memaklumkan mahu bedah siasat dijalankan oleh pakar forensik.

BHonline-

Tags: Allahyarham Syamsul Haris ShamsudinKKMPalapes
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd