• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

oleh Mohd Arshad
15/09/2025
dalam Politik
0
Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ahli Parlimen Marang itu berkata, terdapat panduan dalam memilih pemimpin yang layak seperti disebut di dalam al-Quran, antaranya perlu berilmu, kuat tubuh badan dan berintegriti.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, keutamaan PAS adalah menang PRU16 terlebih dahulu sebelum menentukan siapa calon Perdana Menteri yang layak.

“Kita bersedia untuk memimpin Malaysia tapi keutamaan kita adalah menang pilihan raya dahulu dan mendapat cukup sokongan. Bila menang, masalah siapa memimpin akan dipilih secara dalaman parti PN.

“Orang umur 70 tahun lebih macam saya ini sudah tak layak, jadi penasihat bolehlah. Biar yang umur 70 ke bawah jadi Perdana Menteri dan orang itu kuat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-71, di sini hari ini.

Pemimpin PAS berusia 78 tahun itu berkata, terdapat ramai tokoh di dalam kalangan pemimpin parti berkenaan layak menjadi Perdana Menteri terutamanya yang mempunyai latar belakang sebagai ahli akademik dan profesional.

Katanya, pemimpin yang dipilih perlu memimpin secara kolektif dan Kabinet yang dibentuk perlu dianggotai ahli politik serta teknokrat yang dilantik sebagai senator.

“Kita diajar dalam Islam bahawa tanggungjawab memimpin adalah amanah sangat besar, kalau tunai kewajipan dengan baik akan dapat pahala besar, jika tak tunai masuk neraka.

“Sebab itu banyak orang takut jadi pemimpin, jadi terpaksalah kita menentukan siapa yang layak jadi pemimpin itu melihat ciri-ciri kepimpinan yang saya sebut tadi seperti berilmu, berintegriti dan boleh turun ke bawah,” katanya.

BHonline-

Tags: Hadi AwangPerdana MenteriPRU16
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

“Alhamdulillah, Pulang Ke Rumah” – PMX Anwar

“Alhamdulillah, Pulang Ke Rumah” – PMX Anwar

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur beliau akhirnya dapat pulang ke rumah selepas menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd