• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

oleh Mohd Arshad
13/09/2025
dalam Jenayah
0
Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh: Polis mengklasifikasikan penemuan mayat dalam bungkusan di tepi sungai berhampiran tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai semalam, sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil pemeriksaan forensik ke atas mayat itu mendapati, mangsa meninggal dunia disyaki kerana dipukul dengan objek tumpul.

“Siasatan mengesahkan mangsa seorang lelaki dewasa, namun butiran identitinya belum dapat dipastikan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Abang Zainal berkata setakat ini, belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh.

Semalam, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun menemukan satu bungkusan disyaki mengandungi mayat di kawasan sungai berhampiran Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Kerawat, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini.

Siasatan awal polis di tempat kejadian bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah mengesahkan terdapat satu bungkusan tersangkut pada batang pokok di tepi sungai, disyaki mengandungi mayat dan identiti mangsa masih belum diketahui.

-Harian Metro

Tags: Mayatsungai
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd