• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemangku Sultan Johor Serah Sumbangan RM2.5 Juta Demi Membantu Masyarakat Palestin

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Pemangku Sultan Johor Serah Sumbangan RM2.5 Juta Demi Membantu Masyarakat Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, menunaikan solat Maghrib dan solat hajat bersama pasukan Harimau Malaya serta skuad bola sepak kebangsaan Palestin di Masjid Sultan Abu Bakar.

Menerusi perkongsian di Instagram, baginda yang merupakan Pemangku Sultan Johor memaklumkan turut menyerahkan sumbangan peribadi dan mewakili Kerajaan Negeri Johor yang berjumlah RM2.5 juta kepada Tabung Prihatin Johor-Palestin.

Sumbangan itu bertujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan dan pembangunan bagi meringankan beban rakyat Palestin yang berdepan krisis berpanjangan.

⁠“Saya juga secara peribadi menyumbang dan menyerahkan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Johor melalui Tabung Prihatin Johor-Palestin untuk keperluan kemanusiaan dan pembangunan Palestin. Allahuakbar,” titah baginda dalam hantaran tersebut.

Turut kelihatan dalam majlis berkenaan adalah barisan kepimpinan negeri, pemain bola sepak serta jemaah yang hadir menzahirkan sokongan terhadap usaha solidariti bersama Palestin.

Langkah baginda ini sekali lagi membuktikan komitmen Johor dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin melalui tindakan nyata, bukan sekadar kata-kata.

-MYNEWSHUB

Tags: PalestinPemangku Sultan JohorTMJ
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Johor Super Crown Polo Buka Pintu Pelaburan Ratusan Bilion, Strategi Serampang Dua Mata

Johor Super Crown Polo Buka Pintu Pelaburan Ratusan Bilion, Strategi Serampang Dua Mata

13/09/2026
0

JOHOR Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 bukan sekadar gelanggang memburu kejuaraan dalam kalangan pemain elit dunia. Di sebalik aksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd