• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Kelar Isteri Didakwa Di Mahkamah Balik Pulau Esok

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah
0
Guru Kelar Isteri Didakwa Di Mahkamah Balik Pulau Esok
Share on FacebookShare on Twitter

Balik Pulau: Guru lelaki yang bertindak mengelar isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara dekat sini pada 27 Ogos lepas akan didakwa di Mahkamah Balik Pulau, di sini esok.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 30 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Tempoh reman enam hari ke atas suspek berakhir esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Rabu lepas, suspek dipercayai bertindak mengelar leher isterinya yang juga guru berusia 28 tahun sebelum mencederakan dirinya sendiri dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di bilik tidur pasangan berkenaan di Taman Tunas Muda.

Kejadian itu disedari ibu mangsa yang terdengar jeritan anaknya dari tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan, sebelum terus naik dan mendapati mangsa ditindih sebelum menarik wanita itu turun dari katil bagi menyelamatkannya.

Sazalee sebelum ini berkata bebanan hutang dipercayai menjadi punca pergaduhan sebelum lelaki itu bertindak mengelar isterinya.

-Harian Metro

Tags: dakwaKes Guru Kelar Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dakwa Penyatuan Ummah Tunggang Agama Pertahan Pemimpin Bobrok

PMX Anwar Dakwa Penyatuan Ummah Tunggang Agama Pertahan Pemimpin Bobrok

13/11/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa seruan penyatuan ummah digunakan untuk menunggang agama demi mempertahankan kepimpinan bobrok...

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd