• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

oleh Mohd Arshad
31/08/2025
dalam Terkini
0
Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG: Pemandu lori yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara, di sini, direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata reman terhadap lelaki berusia 27 tahun itu bermula hari ini hingga Selasa ini.

“Pemandu itu ditahan polis di kawasan Kajang dan reman diperoleh selama tiga hari.

“Siasatan awal polis mendapati, kemalangan berpunca daripada pemandu lori terbabit dipercayai terlelap,” katanya.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, jurutera maut akibat dihimpit lori dalam kemalangan terbabit.

Naazron dilaporkan berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika lori dipandu lelaki itu dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Dengkil.

Ketika sampai di lokasi kejadian, pemandu lori yang sedang memandu di lorong kiri secara tiba-tiba memasuki lorong kecemasan tanpa sebarang isyarat dan melanggar penunggang motosikal di lorong kecemasan.

Akibat perlanggaran itu mangsa berusia 39 tahun cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian itu turut dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan dan tular di media sosial.

BHonline-

Tags: Himpitpemandu loriterlelap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Pemandu Lori ‘Tak Amanah’ Curi Diesel Majikan, Jual Kepada Sindiket Pada Harga Murah – KPDN

Pemandu Lori ‘Tak Amanah’ Curi Diesel Majikan, Jual Kepada Sindiket Pada Harga Murah – KPDN

09/08/2025
0

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membongkar kegiatan pemandu lori yang mencuri diesel milik syarikat tempat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd