• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

oleh Mohd Arshad
27/08/2025
dalam Terkini
0
Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan membuka ruang kepada generasi muda terutamanya pelajar sekolah berasrama menyalurkan maklumat sekiranya dibuli, sekali gus membendung budaya itu daripada terus berleluasa.

“Segelintir kanak-kanak mungkin berasa tidak selesa atau takut untuk bersuara dan bercerita kepada sesiapa. Justeru, mekanisme khas ini akan memudahkan mereka melaporkan kejadian buli yang dihadapi.

“Kita berharap usaha ini dapat mengekang budaya buli daripada terus berleluasa dan mengelak perkara lebih buruk berlaku pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Anfaal juga menyarankan ibu bapa atau penjaga agar segera melaporkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya mempunyai maklumat mengenai anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka menjadi mangsa buli.

Beliau berkata, laporan turut boleh dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya tindakan drastik dapat dilaksanakan.

“Ini penting supaya semua laporan dicatatkan dan adanya tindakan segera. Saya rasa langkah pencegahan lebih penting untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan KPM sedang menggubal semula peraturan pendidikan berkaitan disiplin murid di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi mengekang isu jenayah buli di sekolah bertujuan memberikan panduan lebih jelas kepada guru untuk menguruskan kes salah laku disiplin.

-Bernama

Tags: buliExcomekanismeselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan penipuan yang disebarkan dalam...

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd