• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

oleh Mohd Arshad
19/08/2025
dalam Terkini
0
TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini hari ini.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian berlaku pada 11.26 pagi tadi.

“Pesawat tersebut diterbangkan oleh pelatih Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1), Kolej Tentera Udara yang sedang menjalani latihan penerbangan solo.

“Pelatih tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, TUDM akan menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan buat masa ini, pengoperasian latihan penerbangan di INSPEN 1 diteruskan seperti biasa.

Terdahulu, Malaysia Airports menerusi hantaran di laman sosialnya memaklumkan LTSAH ditutup sementara susulan insiden tersebut dan bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan pesawat dan membersihkan landasan di lapangan terbang itu.

Landasan berkenaan dibuka semula pada 3 petang selepas mendapat kelulusan keselamatan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan operasi penerbangan di LTSAH kembali berjalan seperti biasa.

BHonline-

Tags: LTSAHpendaratan kecemasanpesawat latihanTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

20/06/2026
0

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penyerahan rasmi sistem persenjataan FN MAG 58M 7.62mm bagi helikopter EC 725...

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd