• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

oleh Mohd Arshad
18/08/2025
dalam Terkini
0
‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR: “Anak saya mengalami masalah gegaran otak akibat buli hingga keluarga kami berdepan pelbagai kesulitan, tetapi pelaku tidak diambil tindakan dengan alasan dia di bawah umur dan mungkin melakukan buli dengan akal tidak waras,” kata Siti Suhana Misdi, 39.

Siti Suhana berkata, anaknya, Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, adalah pesakit kanser hidung Adenoid cystic carcinoma (ACC) dipukul murid Tahun Enam pada 21 Februari lalu kerana pelaku yang berusia 12 tahun dipercayai tidak berpuas hati dengan anak perempuannya (kakak kepada mangsa).

Beliau berkata, kejadian berlaku pada jam 5 petang di belakang tandas sekolah agama apabila anaknya dipukul murid lelaki berusia 12 tahun itu termasuk ditendang, dihentak kepala bahagian kiri dan kanan serta dipaksa berbogel sambil disaksikan rakan baik mangsa.

Katanya, akibat kejadian itu, anak keempat daripada enam beradik itu dimasukkan ke hospital kerana kerap mengadu sakit kepala hingga keadaan tubuhnya menjadi lemah.

“Anak saya disahkan mengalami gegaran otak dan saya hanya dimaklumkan kejadian pukul itu oleh anak perempuan saya pada 24 Mac lalu.

“Anak perempuan saya berkongsi kejadian sebenar kerana bimbang dengan keadaan adiknya yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di bandar raya ini mulai 12 Mac hingga 26 Mac lalu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Taman Universiti di sini pada 26 Mac lalu.

Siti Suhana berkata, dia kecewa apabila difahamkan kes berkenaan tidak sesuai dibuka kertas siasatan dengan alasan pelaku masih di bawah umur.

Beliau berkata, dia menemui keluarga murid terbabit yang meminta maaf atas perlakuan anaknya itu, tetapi tiada tindakan diambil.

“Sehingga kini saya tidak berpuas hati kerana kesan pada anak saya amat mendalam, dia mengalami gegaran otak hingga tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran mahupun terbabit dalam sukan.

“Doktor menyatakan tempoh penyembuhan mungkin mengambil masa hingga tiga tahun dan perlu bergantung kepada ubat.

“Doktor menyatakan anak berdepan risiko sawan jika jatuh atau pengsan,” katanya.

Siti Suhana berkata, lebih malang anaknya juga menjadi mangsa buli kali kedua pada jam 10 pagi pada 7 Ogos lalu di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai di sini, hingga terpaksa dimasukkan ke hospital Isnin lalu.

Katanya, dia melaporkan kejadian itu pada 15 Ogos lalu supaya anaknya tidak terus menjadi mangsa buli hingga boleh mengancam nyawa.

“Anak saya mengadu pelaku berbeza memukulnya menggunakan tangan di bahagian kepala ketika berada di sekolah.

“Saya tidak pasti mengapa anak menjadi mangsa, adakah kerana dia dilihat seorang yang lemah kerana berpenyakit hingga diperlakukan demikian.

“Dia diserang kanser hidung sejak dua tahun lalu, tetapi keadaannya sudah pulih 80 peratus dan hanya mengalami simptom sederhana selepas menerima rawatan sesuai,” katanya.

Siti Suhana berkata, dia berharap perkara seumpama ini diambil tindakan sesuai kerana pelaku boleh mengulangi perbuatannya terhadap mangsa lain.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, berkata pengaduan itu dalam tindakan pihaknya dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

“Semalam murid berkenaan dan keluarganya dikunjungi bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

BHonline-

Tags: kes buli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Buli Di Sekolah Perlu Diklasifikasi Sebagai Keganasan Serius – Lam Thye

Kes Buli Di Sekolah Perlu Diklasifikasi Sebagai Keganasan Serius – Lam Thye

04/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Budaya buli di sekolah wajar diklasifikasikan sebagai satu bentuk keganasan yang memberi kesan serius terhadap kesihatan mental dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd