• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Titah Adendum: Peguam Najib Tidak Mahu Bazir Walau Sehari, Semakan Perlu Disegerakan

oleh Mohd Arshad
13/08/2025
dalam Terkini
0
Titah Adendum: Peguam Najib Tidak Mahu Bazir Walau Sehari, Semakan Perlu Disegerakan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pembelaan bagi pihak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon semakan kehakiman berhubung Titah Adendum didengar oleh tiga panel sama yang menolak rayuan Peguam Negara (AG) di Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu.

Semasa prosiding di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib turut meminta supaya kes berkenaan didengar pada kadar segera.

Beliau yang membuat permohonan pada saat akhir berkata, perkara tersebut penting dan bersifat mendesak kerana mahu menyelesaikan dakwaan wujudnya titah tambahan Diraja itu, selain kesannya terhadap hukuman dihadapi Najib, 72.

“Anak guam tidak mampu untuk membazirkan walau sehari bagi mendapatkan hak menjalani hukuman di bawah tahanan rumah.

“Memulangkan semula kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hanya akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan sebelum ia dapat didengar.

“Ada kemungkinan berlaku rayuan di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan, jadi kes ini mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun pula,” katanya.

Hakim Hasnah kemudiannya memberitahu bahawa peguam berkenaan hanya membuat andaian.

Katanya, selaku Ketua Hakim Malaya, beliau memberi arahan tegas supaya semakan berkenaan diselesaikan dalam tempoh sembilan hingga 10 bulan.

“Kami tidak boleh mendengar semakan ini kerana cuma ada masa beberapa bulan sahaja lagi sebelum bersara.

“Hakim bukan robot kerana kami memerlukan masa untuk meneliti dokumen dan mempertimbangkan perkara tersebut sebelum membuat keputusan,” katanya.

Beliau kemudiannya berkata, prosiding tidak akan dilengah-lengahkan kerana sebarang kelewatan akan menimbulkan ketidakadilan kepada bekas pemimpin UMNO tersebut dan kerajaan.

Susulan itu, beliau mengarahkan semakan bekas Ahli Parlimen Pekan bagi memaksa kerajaan mengemukakan Titah Adendum, dipercepatkan pendengarannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah kemudiannya menetapkan pengurusan kes pada 18 Ogos ini dan tarikh perbicaraan dalam tempoh sebulan selepas tarikh itu, selain mengarahkan pihak-pihak memfailkan penghujahan bertulis secara serentak.

“Tarikh pendengaran ditetapkan dalam tempoh sebulan,” kata Hakim Hasnah yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan, Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.

Pada pagi Rabu, AG gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan yang membenarkan Najib memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Susulan itu, semakan akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berdasarkan tarikh-tarikh yang ditetapkan.

-Sinar Harian

Tags: najibtitah adendum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub ISU binaan haram semakin panas. Bukan sekadar debat di media sosial, tetapi sudah sampai tahap dua individu diserang...

‘Mereka Tidak Mahu Najib Razak Disekat Dengan Had Tempoh PM 10 Tahun’

‘Mereka Tidak Mahu Najib Razak Disekat Dengan Had Tempoh PM 10 Tahun’

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang bekas pemimpin DAP mendakwa usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri di Parlimen semalam sengaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd