• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Zara Qairina: KPM Tempatkan Sementara Pengurusan SMKA Tun Datu Mustapha Di JPN Sabah

oleh Mohd Arshad
13/08/2025
dalam Terkini
0
Kes Zara Qairina: KPM Tempatkan Sementara Pengurusan SMKA Tun Datu Mustapha Di JPN Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah buat sementara waktu hingga siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan pengumuman Pasukan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang telah mengambil alih siasatan kes pelajar Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

“Kementerian akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini.

“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi memberikan keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” katanya pada Rabu.

Sebelum ini, Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum pelajar Tingkatan Satu itu disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.

-Sinar Harian

Tags: Kes Zara QairinaKPMSMKA Tun Datu Mustapha
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd