• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Pelajar KV Lahad Datu Yang Dibunuh Doa Keadilan Untuk Zara Qairina

oleh Mohd Arshad
09/08/2025
dalam Terkini
0
Ibu Pelajar KV Lahad Datu Yang Dibunuh Doa Keadilan Untuk Zara Qairina
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU: Ibu pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu yang dibunuh tahun lalu mahu keadilan ditegakkan dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Berkongsi perasaannya di hadapan orang ramai pada aksi vigil yang berlangsung di Lahad Datu, malam tadi, Siti Hamidah Jumari, 46, berkata beliau memahami perasaan dialami ibu Zara Qairina ketika ini kerana pernah berada di situasi yang sama.

Sebagai ibu, katanya, dia menghantar anaknya Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, ke sekolah dengan harapan tinggi arwah dapat membantu keluarga pada masa depan.

“Kita besarkan anak bukan senang. Dari kecil, nyamuk pun kita tak bagi hinggap, lagi-lagi (tapi) anak kita dibuat begini. Sekelip mata saja (tiada).

“Apa yang ibu Zara rasa, saya rasa. Kita hantar anak ke sekolah untuk masa depan mereka tapi akhirnya anak kita terkujur (mati),” katanya.

Hamidah berkata, dia bagaimana pun bersyukur kerana pelaku dalam kejadian membabitkan anaknya sudah didakwa atas usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang banyak membantunya.

Katanya, ia berbeza dengan nasib Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar yang sehingga kini tidak diketahui cerita di sebalik kejadian yang menimpanya.

“Marilah kita berdoa semua terutama sekali ibu-ibu. Insya-Allah, kita doakan (keadilan) untuk adik Zara,” katanya.

Mohamad Nazmie Aizzat ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik di asramanya dipercayai dipukul pada jam 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac tahun lalu.

Dalam kes itu, 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun dituduh secara bersama membunuh mangsa.

BHonline-

Tags: KV Lahad DatuZara Qairina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd