• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

oleh Mohd Arshad
30/07/2025
dalam Jenayah
0
Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya, dua minggu lalu.

Tertuduh, M Shobna, 37, memahami pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman, namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Shobna didapati membunuh M Sumathy, 66, di bilik rumah Jalan Teratai J4/1 Taman Indah Jaya di sini, kira-kira jam 3 pagi pada 15 Julai lalu.

Perbuatan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, perlu dikenakan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Darwis Aghhiya Halim Azizi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan laporan post morterm.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, kes kematian Sumathy pada mulanya diklasifikasi kematian mengejut sebelum hasil bedah siasat ke atas mayatnya yang dijalankan pada 16 Julai lalu mendapati terdapat unsur mencurigakan terhadap si mati.

Justeru, katanya, kes kematian warga emas itu diklasifikasi semula kepada Seksyen 302 KK iaitu kerana membunuh.

BHonline-

Tags: ibu teman lelakikes bunuhPenganggur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd