• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Menantu Tidak Abai Cucu – Datuk Zayn Rayyan

oleh Mohd Arshad
23/07/2025
dalam Terkini
0
Anak Menantu Tidak Abai Cucu – Datuk Zayn Rayyan
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya: Datuk kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, yakin anak dan menantunya tidak pernah mengabaikan cucu kesayangannya itu sehingga kejadian malang menimpa kanak-kanak itu pada 5 Disember 2023.

Zahari Mohd Reba, 57, yang juga saksi pembelaan kedua kes pengabaian Zayn Rayyan menyifatkan, hubungan cucunya itu dengan kedua-dua ibu bapanya, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari sangat akrab dan baik.

“Arwah Zayn cucu kesayangan saya. Setiap Sabtu dan Ahad sekiranya mak dan ayah arwah tidak bekerja, saya akan pastikan mereka datang ke rumah dan bermesra.

“Hubungan antara arwah dengan ibu bapanya juga sangat akrab. Kedua-dua ibu bapa Zayn adalah ibu bapa yang bertanggungjawab. Sangat menyayangi Zayn jadi, saya tidak percaya berkaitan pengabaian yang didakwa.

“Saya juga percaya anak dan menantu saya tidak terbabit membunuh arwah Zayn,” katanya semasa pemeriksaan utama, peguam Haresh Mahadevan dalam prosiding bela diri Ismanira di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Zahari turut mendedahkan, kasih sayang dan layanan Ismanira dan Zaim Ikhwan terhadap Zayn Rayyan dan adiknya, Zahin Mateen juga sama rata dan tidak berbelah bahagi.

Raja Zaizul: Hubungan Zayn dan ibu bapanya, rapat?

Zahari: Betul

Raja Zaizul: Kenapa Encik Zahari cakap begitu ya?

Zahari: Sebab Zayn ini adalah seorang autisme jadi perhatian daripada kedua ibu bapanya amat teliti terhadap Zayn.

Raja Zaizul: Tetapi dia ada adik juga Mateen kan?

Zahari: Ya betul

Raja Zaizul: Adakah encik katakan treatment (layanan) lebih daripada adik dia?

Zahari: Bagi saya sama saja

Raja Zaizul: Boleh setuju dengan saya, layanan yang encik nampak dilakukan Isma dan Zaim terhadap Zayn apabila di depan mata encik saja. Setuju?

Zahari: Setuju

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan dan Ismanira sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan, 6, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 dan mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.

Perbicaraan bela diri Ismanira akan bersambung esok.

-Harian Metro

Tags: Kes Zayn Rayyan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

31/10/2025
0

PETALING JAYA: "Semoga Allah melaknat kau. Kau tunggu, botak (menunjukkan jari ke arah pegawai penyiasat, Deputi Superintendan Mohd Hafizee Ismail)."...

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

31/10/2025
0

Petaling Jaya: Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang dijatuhi hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd