• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penutup Lubang Dicuri Punca Van Sekolah Terbabas, Terbalik

oleh Mohd Arshad
18/07/2025
dalam Terkini
0
Penutup Lubang Dicuri Punca Van Sekolah Terbabas, Terbalik
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Lubang ‘manhole’ terbuka yang mengakibatkan kemalangan van sekolah di Jalan Abdul Samad, pagi tadi, dipercayai akibat cubaan mencuri penutup lubang dan bukannya kerja penyelenggaraan oleh mana-mana pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata semakan mendapati penutup lubang itu milik syarikat Telekom Malaysia (TM), namun tiada kerja dilakukan di lokasi kejadian sejak kebelakangan ini.

“TM sudah mengesahkan tiada kerja penyelenggaran di kawasan kemalangan dalam tempoh terdekat yang dilaksanakan oleh kontraktor mereka.

“Keadaan penutup ‘manhole’ yang berada dalam keadaan terbuka dipercayai ada unsur cubaan mencuri.

“Saya memohon bantuan semua pihak yang mempunyai maklumat lanjut atau bukti seperti rakaman video cubaan mencuri penutup lubang ‘manhole’ di kawasan kemalangan supaya tampil.

“Ini termasuk jika ada yang mempunyai maklumat tindakan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab membuka penutup dan membiarkan lubang ‘manhole’ di kawasan kemalangan terbuka, supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Terdahulu, Kerajaan Johor dilaporkan mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung insiden kemalangan membabitkan sebuah van sekolah yang terbalik di Jalan Abdul Samad, pagi tadi, dipercayai akibat melanggar lubang yang tidak bertutup.

Mohamad Fazli dilaporkan berkata, siasatan rapi perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar lubang terbuka itu, sama ada akibat kecurian atau kecuaian pihak kontraktor.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat, dilaporkan berkata van sekolah terbabit membawa seramai 17 individu terdiri daripada seorang pemandu, sembilan pelajar lelaki dan tujuh pelajar perempuan berusia antara 9 hingga 15 tahun.

Raub dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.01 pagi itu, van sekolah jenis Nissan Urvan itu terbabas sendiri selepas melanggar sebuah lubang pembetungan di tepi kiri jalan, menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum kenderaan berkenaan terbalik

Seramai 16 murid sekolah dilaporkan cedera termasuk patah tangan dan jari selepas van sekolah yang dinaiki terbalik dalam kemalangan di Jalan Abdul Samad, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Bagaimanapun, hanya 11 pelajar yang mengalami kecederaan kini masih menerima rawatan di Zon Kuning HSA, manakala selebihnya dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

BHonline-

Tags: dicuripenutup lubangvan sekolah terbalik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bot Kastam Perlis Dicuri Penyeludup, Dilarikan Ke Thailand

Bot Kastam Perlis Dicuri Penyeludup, Dilarikan Ke Thailand

23/01/2025
0

KANGAR: Sindiket penyeludup sempadan Malaysia-Thailand dilihat semakin berani mencabar undang-undang, apabila melarikan sebuah bot milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)...

Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear

10 Ditahan Susulan Kecurian Cip Kasino RM4.6 Juta

05/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 individu susulan kehilangan cip kasino bernilai RM4.6 juta di Genting Highlands di Pahang pada 28...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd