• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Di Kebun Durian: Senjata Api Buatan Sendiri Ditemui Berdekatan Mayat

oleh Mohd Arshad
17/07/2025
dalam Terkini
0
Warga Emas Maut Di Kebun Durian: Senjata Api Buatan Sendiri Ditemui Berdekatan Mayat
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU: Polis menjumpai sepucuk senjata api buatan sendiri berdekatan lelaki warga emas yang ditemui maut di kebun duriannya di Kuala Klawang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said, berkata mangsa berusia 67 tahun berkenaan dipercayai tertembak diri sendiri dengan senjata api diperbuat daripada kayu itu.

Beliau berkata, terdahulu mangsa dilaporkan pergi ke kebun itu sejak pagi tetapi tidak pulang ke rumah hingga petang.

“Susulan laporan kehilangan warga emas itu, polis pergi ke kebun durian berkenaan sebelum menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan darah pada badannya.

“Polis turut menjumpai selaras senjata api buatan sendiri berdekatan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azizan berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut buat masa ini tetapi siasatan lanjut masih diteruskan.

Beliau sekali gus menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

-Berita Harian

Tags: kebun durianSenjata Api Buatan Sendiriwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd