• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
11/07/2025
dalam Terkini
0
Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat Meninggal Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT: Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat, Rozana Kamarulzaman, 56, meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis pada jam 1.47 pagi di Hospital Banting, hari ini.

Anak sulung Rozana, Muhammad Yusri Shah Iwan Shahrom Shah, 29, berkata arwah ibunya dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman pada bahagian kaki, pada Sabtu lalu.

“Ibu ditidurkan pada Sabtu sampai hari ini, berpunca daripada sakit kencing manis dan jangkitan pada luka kaki.

“Kemudian berlaku jangkitan pada paru-paru dan buah pinggang. Bahagian otak kiri dikesan berlaku angin ahmar hingga akhirnya ibu meninggal dunia hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kawasan perkuburan Kampung Serdang Belah, Banting Baru, di sini, hari ini.

Muhammad Yusri berkata, Rozana adalah seorang ibu dan pemimpin yang tegas dan arwah mempunyai pendiriannya sendiri dalam sesuatu perkara.

“Arwah ibu juga mempunyai impian dan cita-citanya sendiri dan akan memastikan impiannya tercapai.

“Sebagai seorang pemimpin, arwah ibu akan menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda. Dia mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai cita-citanya walaupun dalam kesakitan,” katanya.

Rozana meninggalkan dua lagi anak lelaki Muhammad Muadzam Shah, 26, Muhammad Muzaffar Shah,23, dan suami, Iwan Shahrom Shah Mohd Naim, 57.

BHonline-

Tags: Ketua Wanita UMNOKuala langatmeninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd