• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

oleh Mohd Arshad
11/07/2025
dalam Terkini
0
Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah lagi motosikal sehingga menyebabkan penunggang lain itu terjatuh ke atas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata motosikal jenis BMW ditunggang anggota sedang menjalankan tugas rasmi di Subang Jaya itu berhenti kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian bagi mengelak risiko bahaya kepada kenderaan lain di jalan raya.

Beliau menjelaskan, situasi itu bertentangan dengan dakwaan melalui video berdurasi 17 saat yang tular dalam Facebook pada jam 6.50 petang semalam bahawa anggota polis terbabit tidak berhenti selepas bergesel dengan sebuah motosikal jenis Honda ADV di Lebuh Raya Subang-Kelana Jaya Link.

“Anggota PDRM berkenaan juga telah memberi bantuan kepada mangsa bersama orang awam sebelum mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, bagi mengulas kandungan video tular itu.

Wan Azlan berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal BMW itu yang ditunggang di lorong kanan mengubah haluan ke lorong kiri tetapi bergesel dengan motosikal Honda yang berada di lorong tengah.

Beliau berkata, pergeselan menyebabkan lelaki berumur 20 tahun yang menunggang motosikal Honda itu terjatuh ke kiri jalan.

Katanya, kes siasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman melalui talian 017-3012621.

Bernama-

Tags: PDRMpolis trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd