• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helikopter Terhempas: Kru Ditidurkan, Paru-paru Dijangkiti Kuman Akibat Lemas

oleh Mohd Arshad
11/07/2025
dalam Terkini
0
Helikopter Terhempas: Kru Ditidurkan, Paru-paru Dijangkiti Kuman Akibat Lemas
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Seorang kru helikopter terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah semalam iaitu Konstabel RG Devendran, 30 masih ditidurkan kerana paru-parunya dijangkiti kuman akibat lemas ketika kejadian nahas berlaku.

Abang mangsa, RG Navindran Raja, 39 berkata, dia terkejut dengan kejadian itu dan tidak menyangka nahas itu membabitkan adik bongsu dari empat beradik.

Katanya, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan kejadian menimpa adiknya oleh Ketua Balai Polis Tanjung Kupang, semalam.

“Devendran memang minat untuk menjadi polis dan dia baharu berkhidmat lebih setahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Doktor cuma maklumkan dia masih ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana jangkitan kuman dalam paru-paru, mungkin disebabkan dia lemas ketika kejadian. Mereka tidak menjanjikan apa-apa,” katanya ketika ditemui di lobi Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Navindran yang juga anggota polis dan sedang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak turut memohon rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan adik bongsunya itu.

“Kita terpaksa terima perkara ini kerana ia adalah satu kemalangan. Apapun saya minta doakan untuk adik saya agar dia cepat sembuh,” katanya.

Sementara itu, kakak ipar kepada Asisten Komisioner Faizul Muhammad iaitu Lizah Omar, 46, pula memaklumkan insiden itu pertama k terbabit dalam kemalangan udara.

“Faizul sudah berkhidmat sebagai anggota polis sejak dia bujang lagi dan telah lama menjadi juruterbang helikopter, namun ini kali pertama dia terbabit kemalangan.

“Keadaan dia hari ini lebih baik berbanding semalam, Alhamdulillah sudah boleh berbual dan minta kuih untuk dimakan. Dia patah tulang rusuk dan cedera di kepala dan pinggang.

“Sebenarnya Faizul merancang untuk menghantar anak sulungnya mendaftarkan diri di sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu, Ahad ini, tetapi tidak kesampaian kerana masih lagi dirawat di Hospital,”katanya.

BHonline-

Tags: helikopter terhempas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Helikopter Terhempas: Koperal Adline Baru Kahwin

Helikopter Terhempas: Koperal Adline Baru Kahwin

12/07/2025
0

Johor Bahru: Koperal Adline Liu, 32 yang terbabit nahas helikopter yang terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah di sini, kelmarin,...

Helikopter Terhempas: Semua Mangsa Terselamat

Helikopter Terhempas: Semua Mangsa Terselamat

05/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebuah helikopter jenis Agusta Westland AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terhempas dekat Pulau Angsa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd