• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

oleh Mohd Arshad
29/06/2025
dalam Terkini
0
RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Aset dan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di lima lagi negara selain United Kingdom (UK), dianggar bernilai sekurang-kurangnya RM4.5 bilion.

Difahamkan aset bernilai tinggi dan mempunyai kepentingan komersial itu dijangka dibekukan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ia gagal diisytiharkan dalam siasatan terhadap pemimpin politik berkenaan.

Lima negara menempatkan aset dan harta terbabit ialah Amerika Syarikat (AS), Singapura, Jepun dan Itali dan Jersey iaitu negara pulau yang terletak di Selat Inggeris dan luar pantai Normandy, Perancis.

Sumber berkata, harta dan aset yang dikesan SPRM di Amerika Syarikat membabitkan kondominium dan bangunan komersial serta akaun bank.

“Di Jepun, aset yang tidak diisytiharkan itu membabitkan hotel, manakala pusat beli-belah terletak di Itali.

“Aset serta akaun bank juga dikesan di Singapura dan Jersey iaitu negara pulau di Selat Inggeris.

“Semua harta dan aset ini dikesan tidak diisytiharkan kepada SPRM ketika siasatan dijalankan pada 2023. Justeru itu, langkah mengenakan restraining order atau perintah larangan akan dipohon dalam tempoh terdekat dengan bantuan pihak berkuasa negara terbabit,” katanya kepada BH.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, yang mengesahkan langkah itu ketika dihubungi, berkata pihaknya akan membuat permohonan mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, BH mendedahkan, lima negara itu menjadi sasaran SPRM dalam usaha menjejaki harta bernilai tinggi yang tidak diisytiharkan milik Daim dan keluarga termasuk proksi bekas Menteri Kewangan itu.

Laksana tindakan sama

Sumber berkata, selain lima negara berkenaan, beberapa negara lain yang ‘menyimpan’ harta berkenaan juga akan melalui tindakan yang sama.

Langkah memohon restraining order dibuat oleh SPRM bagi memastikan tiada sebarang tindakan lain diambil pihak berkenaan terhadap aset yang dikenal pasti sementara agensi penguat kuasa menjalankan siasatan terperinci.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, pihak berkuasa United Kingdom (UK) bersetuju membantu SPRM mengenakan perintah larangan terhadap sejumlah aset dan harta bernilai lebih RM700 juta milik keluarga dan proksi yang dikaitkan dengan Daim.

Permohonan kepada pihak berkuasa UK itu dibuat selepas SPRM memohon meminda beberapa perkara berkaitan perintah larangan itu di mahkamah.

Pada 3 Jun lalu, tiga kediaman mewah di London adalah di antara tujuh hartanah dan satu akaun bank membabitkan nilai berjumlah GBP132 juta (RM758.2 juta) didakwa milik isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan keluarga, dibekukan SPRM

Hasil siasatan SPRM mendapati harta alih dan tidak alih itu adalah perkara atau keterangan berhubung dakwaan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Bagaimanapun, pada 23 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggantung sementara perintah itu selepas Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid, membenarkan permohonan dibuat peguam Na’imah, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, terhadap perintah pembekuan secara ex parte yang diperoleh SPRM.

Pada 25 Jun lalu, SPRM memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi melucut hak Menara Ilham setinggi 60 tingkat yang terletak di Jalan Binjai, Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan Daim.

Terdahulu, pada 22 Mei lalu, Azam mendedahkan, lapan kertas siasatan dibuka berdasarkan maklumat baharu daripada agensi luar negara berhubung aset milik Daim, keluarga dan proksinya yang tidak diisytiharkan ketika siasatan SPRM pada 2023.

-Berita Harian

Tags: asetbekuhartaSPRMTun Daim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd