• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selat Hormuz Tak Pernah Ditutup – Duta Iran

oleh Mohd Arshad
26/06/2025
dalam Terkini
0
Selat Hormuz Tak Pernah Ditutup – Duta Iran
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Selat Hormuz tidak pernah ditutup sepanjang 12 hari serangan terhadap Iran, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi.

Beliau berkata, Iran sentiasa berusaha memastikan Teluk Parsi dan rantau berkenaan kekal ‘tenang, terkawal dan berada pada tahap keselamatan terbaik’ memandangkan ia adalah hab perdagangan tenaga.

“Tiada halangan untuk keluar masuk ke Hormuz. Hormuz terbuka, malangnya terdapat banyak propaganda,” katanya kepada media di Kedutaan Iran pada Khamis.

Selat Hormuz memainkan peranan penting dalam perdagangan dan tenaga global sebagai laluan strategik penghantaran minyak dan gas asli cecair (LNG) dari Timur Tengah.

Laluan sempit yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman itu mengendalikan sebahagian besar bekalan tenaga dunia, dengan kira-kira satu pertiga eksport minyak mentah maritim dan sekitar 20 peratus penggunaan minyak global melalui selat itu setiap hari.

Selat Hormuz menjadi saluran utama bagi penghantaran harian kira-kira 20 juta tong minyak dan produk petroleum, sebahagian besarnya ke pasaran Asia, khususnya China.

Sebahagian besar eksport minyak Iran ke China juga melalui laluan maritim penting ini.

Duta itu berkata sepanjang 12 hari serangan ke atas Iran, kehidupan harian dan perniagaan berjalan seperti biasa, dengan bank terus beroperasi dan orang ramai di jalanan melaungkan slogan anti-Israel setiap kali mereka melihat peluru berpandu.

“Mereka (Israel) mahu merosakkan kami, tetapi serangan itu menyatukan rakyat Iran di dalam negara dan di seluruh dunia,” katanya.

Valiollah berkata selepas 10 hari serangan ke atas Iran, 12 wilayah terjejas, sembilan hospital rosak dan lebih 400 rakyat Iran terkorban.

Ketegangan serantau di Asia Barat memuncak sejak 13 Jun selepas Israel melancarkan serangan udara serentak ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas.

Konflik itu semakin meruncing apabila Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear Iran di Natanz, Fordow dan Isfahan.

Pada 24 Jun, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Iran dan Israel.

-Berita Harian

Tags: IranSelat Hormuz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mewakili Malaysia menghadiri upacara pengebumian bekas pemimpin...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd