• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Mencerminkan Identitinya. Adakah Itu Tidak Cukup Jelas? – Hakim

oleh Mohd Arshad
19/06/2025
dalam Terkini
0
Nama Mencerminkan Identitinya. Adakah Itu Tidak Cukup Jelas? – Hakim
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais, berkata amat membimbangkan jika Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) boleh terlepas dan tidak tertakluk kepada fatwa hanya kerana ia sebuah syarikat, tetapi pada masa yang sama berani membuat kenyataan dan menyuarakan pandangan yang menyentuh prinsip dan ajaran Islam.

Abu Bakar dalam penghakiman berbeza daripada keputusan majoriti panel empat hakim Mahkamah Persekutuan, berkata Mahkamah Tinggi tidak terhilaf apabila mendapati bahawa sejak penubuhannya, SIS Forum selaku perayu pertama telah mengemukakan dan mengeluarkan kenyataan membabitkan perkara berkaitan agama Islam.

“Nama syarikat itu sendiri, SIS Forum (Malaysia) atau “Sisters in Islam”, dengan jelas mencerminkan identitinya. Adakah itu tidak cukup jelas? ” katanya.

Abu Bakar berkata, fatwa secara ringkasnya, adalah urusan orang Islam sahaja dan pelaksanaannya adalah untuk masyarakat Islam.

Beliau berkata, Mahkamah Syariah seharusnya menjadi forum yang terbaik dan paling sesuai, bukannya mahkamah sivil, untuk memutuskan keabsahan sesuatu fatwa.

Abu Bakar berkata demikian ketika menolak rayuan SIS Forum bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar, yang dikeluarkan dan diwartakan 11 tahun lalu.

Tiga lagi hakim dalam panel sama membenarkan rayuan berkenaan.

Abu Bakar dalam penghakiman beliau, berkata SIS Forum dan pengasasnya sepatutnya mengemukakan bantahan mereka terhadap fatwa itu di Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, tiada bukti di hadapan panel empat hakim Mahkamah Persekutuan yang menunjukkan perkara itu tidak boleh dilakukan.

“Isu ini sahaja sudah memadai untuk memutuskan rayuan ini. Saya tidak melihat sebarang kesalahan apabila Hakim Mahkamah Tinggi yang arif memutuskan untuk melihat kepada intipati cabaran itu, iaitu yang bertentangan terhadap fatwa itu sendiri.

“Ini adalah kerana pendekatan berdasarkan perkara pokok yang disandarkan kepada autoriti yang mengikat, dirujuk dengan betul oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang arif.

“Walaupun terdapat perkara lain yang mencabar pengeluaran Fatwa tersebut, seperti dakwaan bahawa ia tidak seharusnya terpakai ke atas perayu pertama selaku sebuah syarikat, serta dakwaan melebihi bidang kuasa dalam mengarahkan MCMC dan Kementerian Dalam Negeri untuk penguatkuasaannya, intipati atau perkara pokok cabaran tersebut masih lagi tertumpu kepada fatwa itu sendiri sebagaimana ia wujud,” katanya.

Abu Bakar berkata, seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi, berdasarkan autoriti kukuh, maka bidang kuasa untuk menentukan keputusan atau hasil daripada cabaran itu terletak kepada mahkamah syariah dan bukannya mahkamah sivil.

Katanya, satu isu dibangkitkan perayu ialah bahawa fatwa itu tidak seharusnya terpakai ke atas SIS Forum kerana ia adalah sebuah syarikat.

“Mengenai isu ini, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa tumpuan mahkamah ini tidak seharusnya dibatasi oleh dakwaan bahawa oleh kerana perayu pertama adalah sebuah syarikat, maka ia tidak boleh tertakluk kepada fatwa tersebut.

“Adalah satu pendekatan yang bersifat mundur jika mengabaikan individu yang menyokong syarikat berkenaan dan semata-mata menyatakan bahawa oleh kerana ia adalah sebuah syarikat, maka ia tidak boleh terikat dengan fatwa itu,” katanya.

Abu Bakar berkata, sesuatu fatwa masih boleh terpakai kepada sesebuah pertubuhan kerana organisasi itu tidak boleh wujud tanpa individu yang menguruskannya.

Menurut Abu Bakar, pendekatan yang mengetepikan individu di sebalik SIS Forum dan hanya memfokuskan kepada dakwaan ia adalah sebuah syarikat, maka ia tidak terikat kepada fatwa adalah tidak wajar.

BHonline-

Tags: Sisters In Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fatwa Selangor Mengenai SIS Sesat Digantung Sementara

23/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk menangguhkan pelaksanaan fatwa Majlis Agama Islam Selangor (Mais)...

Mahkamah Tolak Permohonan SIS Batal Fatwa Selangor

27/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd