• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fatwa Selangor Mengenai SIS Sesat Digantung Sementara

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk menangguhkan pelaksanaan fatwa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 2014 yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai sesat.

Fatwa tu digantung sementara menunggu permohonan SIS kepada Mahkamah Rayuan pada September lepas.

Penangguhan pelaksanaan penguatkuasaan itu dibuat oleh Hakim Nordin Hassan.

Keputusan tersebut bermakna tindakan penguatkuasaan tidak boleh diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Mais ke atas SIS buat sementara waktu.

Fatwa Mais pada 2014 menyebut kumpulan hak asasi itu menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama serta menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS mencabar fatwa tersebut tetapi Mahkamah Tinggi pada Ogos menolak permohonan mereka atas alasan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu kerana ia tertakluk kepada undang-undang Syariah negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas pendengaran kes, pengarah eksekutif SIS Rozana Isa berkata, keputusan tersebut menunjukkan mahkamah mengiktiraf hak mereka di bawah perlembagaan persekutuan.

“Saya gembira dengan keputusan ini kerana ia bermakna kerja-kerja kami boleh diteruskan dari segi memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak Islam di Malaysia tanpa perlu terlalu bimbang tentang risiko.

“Dalam pada itu, saya memandang ke hadapan kepada perbicaraan. Kami berpeluang hadir ke mahkamah dan mudah-mudahan keadilan akan tertegak.” – FMT

Tags: fatwa selangorMAISSisters In Islam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Mengerjakan Haji, Makin Berkurang La Samdol…

Next Post

OPR Turun Petunjuk Ekonomi Tahun Ini Lebih Mencabar – Najib

Related Posts

Nama Mencerminkan Identitinya. Adakah Itu Tidak Cukup Jelas? – Hakim

Nama Mencerminkan Identitinya. Adakah Itu Tidak Cukup Jelas? – Hakim

19/06/2025
0

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais, berkata amat membimbangkan jika Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) boleh terlepas...

MAIS Usaha Kesan Ibu Bapa, Tak Terima Laporan Kes Jenazah Bayi ‘Ditahan’ 16 Hari Di Hospital

MAIS Usaha Kesan Ibu Bapa, Tak Terima Laporan Kes Jenazah Bayi ‘Ditahan’ 16 Hari Di Hospital

13/12/2024
0

SHAH ALAM : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian jenazah seorang bayi lelaki yang didakwa...

Next Post

OPR Turun Petunjuk Ekonomi Tahun Ini Lebih Mencabar - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd