• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

oleh Mohd Arshad
18/06/2025
dalam Jenayah
0
Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya tawaran menunaikan ibadah haji secara persendirian (DIY) tanpa melalui saluran sah.

Individu itu antara dua lelaki ditahan pihak polis bagi bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut, baru-baru ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, siasatan mendapati suspek berusia 59 tahun itu dipercayai menerima pembayaran terus daripada jemaah menerusi akaun bank atas nama madrasah yang dikendalikannya.

“Siasatan turut mendapati tawaran menunaikan haji secara DIY tanpa melibatkan syarikat agensi tempatan.

“Setakat ini dua individu berusia 58 dan 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Sebanyak 22 laporan polis yang turut dibuat oleh ahli keluarga mangsa dan jemaah serta sembilan jemaah sudah dirakam percakapan manakala baki yang lain masih dalam tindakan,” katanya ketika dihubungi, pada Rabu.

Muhammed Hasbullah berkata, pihak polis menasihatkan semua yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Siasatan juga mendapati kes ini tidak membabitkan mana-mana agensi pelancongan dan umrah tempatan.

“Kes masih lagi dalam siasatan dan akan segera dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan perjalanan 47 jemaah warga emas Malaysia untuk menunaikan haji bertukar mimpi ngeri apabila ditipu ejen haji tempatan dipercayai membabitkan seorang agamawan terkenal.

Jemaah yang terpedaya dengan janji manis mendakwa dipaksa meredah laluan berbahaya dengan berjalan kaki tanpa dokumen untuk ke Makkah sebaik tiba di Jeddah, susulan kawalan ketat pihak berkuasa Arab Saudi terhadap jemaah yang tidak mempunyai visa haji.

-Sinar Harian

Tags: Hajimadrasahwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

Mayat Warga Emas Ditemukan Hampir Reput Di Ruang Tamu Rumah

Mayat Warga Emas Ditemukan Hampir Reput Di Ruang Tamu Rumah

05/08/2025
0

KUALA KRAI: Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dengan mayat hampir reput di ruang tamu rumahnya di Flet Sri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd